Sesetengah faktor risiko kanser di luar kawalan kita. Anda lebih berkemungkinan untuk mendapat kanser apabila usia anda meningkat kerana mutasi dalam sel mengambil masa yang lama untuk berkembang dan menjadi sel membarah.
Apabila usia anda meningkat, sistem imuniti tubuh anda juga semakin lemah dan kurang berkeupayaan untuk menahan perkembangan sel-sel abnormal atau memperbaikinya. Ini sebab yang sama jenis-jenis kanser tertentu lebih berkemungkinan berlaku dalam orang yang mempunyai sistem imuniti yang lemah, seperti pesakit pemindahan organ yang mengambil ubat imunosupresif, orang yang hidup dengan HIV dan AIDS atau orang yang mempunyai penyakit yang menjejaskan imuniti mereka.
Terdapat banyak pendebatan sejak kebelakangan ini tentang pengaruh cara pemakanan dan aktiviti fizikal pada perkembangan kanser. Makin ramai saintis mengatakan ‘ya’, dan kajian menunjukkan bahawa makanan tertentu mempunyai sifat perlindungan daripada kanser sementara makanan lain boleh meningkatkan risiko kanser.
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan bahan antioksidan yang menguatkan sistem imuniti tubuh dan melindunginya daripada kerosakan yang disebabkan usia, makanan yang diambil dan faktor-faktor persekitaran.
Semua buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna seperti brokoli hijau, lobak merah, kubis merah, beri biru dan terung ungu mengandungi bahan-bahan yang boleh melindungi daripada kanser.
Mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari merupakan cara paling mudah untuk melindungi diri daripada kanser dan mengekalkan kesihatan tubuh.
Pengambilan makanan lemak tinggi yang terlalu banyak dipercayai menyumbang kepada risiko kanser kerana ia paling berkemungkinan menyebabkan obesiti. Sekali dengan kekurangan aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol yang berlebihan, obesiti mempunyai kaitan kuat dengan beberapa jenis kanser seperti kanser kolorektal.
Beberapa pesakit saya telah baca e-mel atau mendengar dakwaan bahawa aditif makanan dan pemanis buatan adalah karsinogenik. Dakwaan ini boleh menyebabkan ketakutan yang tidak perlu dalam orang ramai. Semua bahan dalam makanan dikawal oleh Kementerian Kesihatan, dan produk produk ini tidak mungkin dibenarkan jika ia didapati menyebabkan kanser.
Sesetengah pesakit saya pernah bertanya jika mereka mempunyai ‘gen kanser’ kerana ramai ahli keluarga rapat seperti ibu, kakak, dan ibu saudara telah mendapat kanser.
Sesetengah orang mungkin dilahirkan dengan mutasi gen dalam sel-sel mereka yang membuatkan mereka tercenderung secara genetik untuk mendapat kanser. Bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka sudah tentu akan dapat kanser, Cuma risiko bagi mereka lebih tinggi kerana mereka sudah mempunyai salah satu daripada pelbagai mutasi yang diperlukan untuk kanser berkembang.
Salah satu contoh kecendurungan genetic ialah gen kanser payu dara BRCA1 dan BRCA2, di mana wanita yang membawa salah satu daripada gen ini mungkin mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidapi kanser daripada wanita yang tidak mempunyai gen itu. Gen ini boleh dikenal pasti melalui ujian genetik.
Saya akan menggunakan BRCA sebagai contoh lagi sekali. Kurang daripada 5 peratus kanser payu dara disebabkan gen BRCA1 atau BRCA2 yang termutasi – bererti sekurang kurangnya 95 peratus kes kanser payu dara disebabkan pelbagai faktor, antaranya yang telah digambarkan di atas.
Nasihat terbaik yang saya boleh beri kepada kaum wanita ialah mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan menjaga kesihatan. Dengan mengurangkan faktor risiko di atas, anda memberi peluang kepada tubuh anda untuk menjauhkan kanser.
Sumber Kesihatan
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.