Ibu Terharu Setiap Hari Dapat Bunga Ketika Jemput Anak Dari Sekolah Buat Ramai Cair

 

SIAPA je yang tak suka bunga kan? Lagi-lagi wanita yang hatinya lembut ibarat sutera.

Biasa isteri atau gadis dapat jambangan bunga dari suami atau kekasih hati kan? Tapi lain situasi yang dilalui wanita ini.

Menerusi perkongsian video pendek di TikTok @manal-usamah, dia menyatakan setiap hari mendapat bunga ketika menjemput anak lelakinya dari sekolah.

“My mat bunga, everyday balik ada surprise,” tulisnya ringkas.

Daripada posting tersebut, kelihatan kanak-kanak lelaki itu dengan spontan memetik bunga berhampiran pagar sekolah.

Setelah itu, dia memegang kuntuman bunga itu sambil berjalan terus menuju ke kereta dan memberikan kepada ibu tercinta.

Bunga

Difahamkan, anaknya itu akan memetik bunga hari-hari dan memberikan kepadanya.

Momen itu ternyata membuat ramai melting. Rata-ratanya mengatakan dia sangat comel dan romantik.

Ujar mereka;

“Alaaa comelnya.. bahagia ibu ya. Semoga jadi anak soleh.”

“Ya ALLAH kecil-kecil dah sweet ya. Seronok ibu kalau macam ni.”

Bunga

 

“Mesti belajar dari ayah dia. Menghargai setiap saat dengan orang tersayang. Untungnya perempuan dapat lelaki macamni. Tak perlu sesuatu yang mahal sekadar ucap tq.

“Anak lelaki ni cinta pertamannya adalah ibu.”

“Alhamdulillah…anak bertuah. Sejuk perut ibu mengandung 9 bulan 10 hari. Moga berkat hidupmu nak.”

Aduhai dik, kenapa sweet sangat ni?

Sumber SP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post