"Orang tak cantik, hidung tak mancung memang tak boleh berjaya ke? - Luahan Liza Hanim

"LIZA Hanim sangat berbakat, bersuara sedap dan mantap, tetapi kekurangannya adalah tak berupa cantik dari segi hidung sedikit kembang serta kulit wajah ada lubang-lubang sejak zaman anak dara. Jadi, faktor tersebut buatkan beliau sedikit terbelakang zaman itu."

Itu antara komen yang ditinggalkan oleh sebuah pengendali Instagram sehingga menggores hati penyanyi bersuara lunak, Liza Hanim.

Penyanyi berusia 42 tahun itu turut mempertikaikan adakah rupa paras menjadi jaminan buat seseorang itu untuk berjaya di Malaysia?

"Bukan sentap, tetapi saya perlu bercakap mengenai perkara ini. Kenapa orang tak cantik memang tidak boleh menang apa-apa ke di Malaysia atau antarabangsa? Orang yang tak putih, hidung tak mancung memang tak boleh ke berjaya di Malaysia ini?

"Ya, betul. Saya sedar dan sangat bersyukur apa yang ALLAH SWT telah kurniakan pada saya. Asalkan saya gembira dengan keluarga, saya tak kisah semua cantik buruk. ALLAH kurniakan bakat untuk saya boleh menyanyi tetapi saya tak ada rupa paras yang mana semua mahukan, tetapi saya tetap bersyukur," luah penyanyi yang popular dengan lagu Gelisah Mimpi itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah pemilik nama penuh Haliza Hanim Abdul Halim itu, tergamak pengendali akaun Instagram tersebut meninggalkan komen sama berkali-kali dan turut menandakan namanya sekali.

"Kadang kala, bahasa kata itu lagi penting dari rupa paras. Saya tak goyang dengan cacian, kutukan, kritikan sesiapa tetapi budaya sekarang agak melampau. Saya tertanya juga rupa orang yang menulis macam mana agaknya?

"Ini tahun ke-26 saya dalam industri, sudah pelbagai yang saya lalui dan hadapi. Jadi kutukan halus ini tidak goyangkan saya tetapi saya sedih, awak tidak bertimbang rasa dan tidak peka," ujarnya.

Ibu kepada lima cahaya mata itu berharap hantaran yang dibuat ini akan menjadi pemangkin buat mereka yang pernah mendapat kutukan untuk terus bangkit dan kuat.

"Hantaran ini untuk semua yang pernah kena kutukan macam saya untuk kita bangkit, terus kuat dan buat apa sahaja yang menggembirakan kita serta keluarga. Teruslah bersyukur kepada ALLAH SWT atas kurniannya," katanya.

Terdahulu, Liza antara enam penyanyi yang mara menerusi 'hot seat' ke All Stars Gegar Vaganza untuk bersaing bersama 10 juara daripada sembilan musim terdahulu Gegar Vaganza.

Biodata Ringkas Liza Hanim

Haliza Hanim Abdul Halim (lahir 19 November 1979) ialah seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu dan ahli perniagaan Malaysia.[3] Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia seawal usia 17 tahun selepas memenangi sebagai Naib Juara dalam pertandingan nyanyian Golden Teen Search anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 22 Disember 1996.

Selepas program itu berakhir, beliau telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman iaitu Suria Records.Beliau merupakan salah seorang anak didik Adnan Abu Hassan dan disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik di era 2000-an, sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi pelbagai anugerah antaranya beliau dinobatkan sebagai pemenang vokal terbaik dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu 17 pada 12 Januari 2003. Beliau juga telah memenangi Anugerah Piala Perak yang dianjurkan oleh Festival Muzik Shanghai selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 24 - 26 November 2000. Beliau juga mempunyai 7 album studio iaitu Epilog (1997), Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1998), Puteri Jelmaan (1999), Istimewa (2000), Isyarat Jiwa (2001), Ku Teruskan (2003) dan Imagin (2007). Selain album studio, Liza Hanim turut memiliki 5 album kompilasi termasuklah Molek (1998), Srikandi (1999), Aidilfitri Di Alaf Baru (1999), Srikandi 2 (2002) dan Rindu Selalu (2005).

Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah "Siapa Sangka Siapa Menduga", "Andainya Aku Bersuara", "Gelisah Mimpi", "Ku Teruskan" dan "Merawat Luka Terpendam".Selain menceburi bidang muzik, beliau juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Beliau telah membintangi dua filem cereka iaitu KL Menjerit (2002), Laila Isabella (2003) dan sebuah pementasan teater. Selain itu, beliau juga pernah mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem seram popular, Pontianak Harum Sundal Malam sekitar tahun 2003 namun terpaksa menolak tawaran tersebut oleh kerana keadaan beliau yang sedang hamil pada ketika itu. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan yang lain termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Pada tahun 2017, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-4, yang mana beliau dinobatkan sebagai naib juara.

Sumber BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post