Remaja LongIai ‘dikerjakan’ 3 Pelajar Di Sekolahnya, Ditumbuk Hingga Sesak Nafas Dan Dipijak Sampai Pengsan

 

Seorang pelajar lelaki tidak bermaya selepas dia didakwa dipukul oleh tiga pelajar lain di sebuah sekolah dekat Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.

Menerusi video tular di TikTok, mangsa terpaksa dipapah oleh seorang individu sebelum dia dibaringkan di atas katil pengusung.

Seorang ahli keluarga mangsa di aplikasi TikTok berkata, adiknya yang sedang bersendirian dipukul oleh tiga pelajar lain sehingga pengsan dan mengalami sesak nafas.

"Adik saya dipukul tiga orang pelajar tingkatan dua sedangkan dia hanya seorang. Bayangkan ditumbuk sehingga sesak nafas dan dipijak sehingga pengsan.

"Ramai yang melihat tapi tidak mampu melawan kerana ramai yang back-up si pembuli. Dipukul lebih kurang pukul 12 lebih dan diberitahu pada pukul 2 lebih.

"Ingatlah pada si pembuli hidupmu tidak akan aman sampai mati," ujar ahli keluarga mangsa.

Semakan di ruangan komen mendapati ramai netizen menyelar tindakan pelaku dan mendoakan agar mangsa diberi kesembuhan segera.

"Tolonglah pihak sekolah ambil tindakan. Cegah gejala buli ni.

"Minta dijauhkan. Untuk awak sekeluarga, semoga dapat keadilan yang sewajarnya.

"Harap pihak berwajib ambil tindakan undang-undang pada pembuli, pada adik ni semoga cepat sembuh," tulis netizen.

Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Pengarah JPNT, Abdul Muie Ngah berkata insiden pada Khamis itu dipercayai membabitkan pelajar tingkatan satu dan dua yang mana berlaku selepas waktu persekolahan di dalam kawasan sekolah tersebut.

Jelasnya, guru di sekolah itu telah mengambil tindakan sewajarnya sejurus mengetahui kejadian tersebut dengan membawa mangsa ke sebuah klinik.

Pihak sekolah termasuk pengetuanya juga telah berjumpa keluarga terlibat bagi mencari jalan penyelesaian, namun masih menanti hasil pertemuan itu sehingga kini.

Sumber UM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post