PENYANYI veteran, Zaiton Sameon, 67, akhirnya didatangi wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semalam.
Itu berikutan media melaporkan penyanyi era 1980-an itu amat memerlukan bantuan kewangan bulanan daripada JKM untuk mengurangkan bebanan kos sara hidupnya.
Zaiton mengaku dalam kesusahan dan amat memerlukan bantuan kewangan daripada JKM tetapi tidak tahu bagaimana prosedurnya dan berharap jabatan itu dapat membantu.
Ujarnya, tawaran persembahan menyanyi sekarang sudah tidak banyak. Begitu juga perniagaan rendang yang dibuatnya sebelum ini sudah lama terhenti kerana kekangan kewangan dialami.
“Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak, tiada ibu bapa dan tiada semuanya. Kasihan betul hidup saya,” katanya yang kini tinggal menumpang di rumah anak angkatnya.
Dalam perkembangan terkini, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menaruh Harapan itu mendapat sinar baharu dan mengucapkan terima kasih kepada media menghebahkan nasib yang menimpanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada media atas bantuan mereka dalam menghebahkan nasib saya. Alhamdulillah pegawai JKM telah memberi jaminan kepada saya bahawa mereka akan membantu sebaik mungkin.
“Saya tidak sabar-sabar untuk berpindah ke unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) saya sendiri di Lembah Klang,” ujarnya.
Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang untuk memberi Zaiton bantuan kewangan RM500 sebulan.
Timbalan menterinya, Aiman Athirah Sabu dalam satu hantaran di Facebook berkata, mereka akan membantu Zaiton dengan pembayaran sedemikian bulan depan atau pada November.
November lalu, Zaiton telah diberikan Kad Orang Upaya (OKU), pendaftaran OKU oleh JKM. Ia seterusnya melayakkan dirinya untuk mendapat rumah PPR di sekitar Lembah Klang. Malangnya, dia tidak mendengar khabar daripada mereka selepas 10 bulan.
Difahamkan, sejak penghujung tahun 2010 lalu, Zaiton tinggal bersama dan dijaga sepenuhnya oleh anak angkat, Che Sikah Ismail atau Ika, 47, yang juga sudah kehilangan kedua ibu bapanya.
Zaiton menerima OKU menerusi kategori OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak) daripada JKM Wilayah Persekutuan.
Zaiton mengalami kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada 1990 yang mengakibatkan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun, meninggaI dunia.
Penyanyi yang merangkul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 1987 ini turut parah di bahagian kepala hingga menyebabkan dia hilang ingatan sementara.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.