"Tiada Keturunan Kami Pergi Tempat DiIarang" – Noor Kartini Kesal Netizen Tuduh Anaknya Berjudi Lumba Kuda

Pada beberapa minggu lalu tular isu personaliti media sosia, Ameera Khan dituduh berjudi lumba kuda semasa berada di luar negara.

Dakwaan itu berlaku apabila satu hantaran Instagram yang dimuat naiknya menunjukkan beliau sedang memegang tiket dengan kapsyen — selesai meletakkan pertaruhan.

Ibu beliau, Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.

“Orang kena faham, tempat event dan tempat perjudian berbeza. Kadang-kadang saya geram sebab netizen ini tak faham apa cerita yang sebenarnya.

“Saya padam sebab tak mahu memanjangkan lagi isu ini dan ingin beritahu netizen yang mereka salah,” kata Kartini.

Dalam pada itu, Kartini turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan anak-anaknya yang tidak pernah menjejak ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

“Alhamdulillah tiada siapa yang nampak anak saya di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, itu saya bangga.

“Alhamdullillah Allah pelihara, dan tiada dalam keturunan kami yang pergi ke tempat perjudian dan buat seperti yang didakwa. Kita tak pernah jejak kaki pun ke tempat perjudian. Alhamdullillah,” katanya.

Sementara itu, Ameera Khan memilih tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan berjudi lumba kuda di luar negara.

“Apa yang saya kongsi dalam Instagram (IG) untuk anda lihat, itu sahaja. Ia adalah pilihan saya berkongsi dan apa sahaja yang anda mahu ambil daripada perkongsian itu, fikirlah apa yang anda nak fikir.

“Kerja saya hanya untuk berkongsi. Saya tidak kisah,” katanya.

Noor Kartini dan Ameera Khan memberikan kenyataan selepas kedua-duanya ditemui semasa majlis pelancaran Disney x Naelofar di sebuah pusat beli belah, di sini, tengah hari tadi.

Sumber Vocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post