Teksi Terbang Pertama Dubai, Miliki Stesen Seluruh Bandar Dan Dijangka Mula Beroperasi Menjelang 2026

 

NAMPAKNYA teknologi kereta terbang bukan lagi sekadar retorik semata-mata apabila beberapa negara maju sudah menunjukkan kemampuan masing-masing.

Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) difahamkan menjadi negara pertama yang akan memperkenalkan teksi udara sendiri.

Servis dalam bandar berkenaan akan direalisasikan menjelang tahun 2026 nanti.

Sudah pasti, ramai teruja untuk melihat kemunculan teksi terbang di sana termasuklah pelancong asing.

Lapor Sky News, salah satu bandar kosmopolitan terbesar di dunia itu sudah pun menerima kelulusan untuk reka bentuk stesen teksi udara serba baharu.

teksi terbang dubai

Hal itu disahkan sendiri Perdana Menteri UAE, Mohammed Rashid al Maktoum berhubung kelulusan tersebut melibatkan lokasi tumpuan di seluruh bandar.

Projek tersebut dijangka akan siap sepenuhnya tiga tahun lagi.

Khabar angin mengenai servis unik berkenaan dikatakan sudah dihidu dan viral sejak tahun 2017.

Sebelum ini, tular video promosi yang didedahkan pihak kerajaan tentang jentera elektrik yang dihasilkan Joby Aviation berpangkalan di Santa Cruz, California, Amerika Syarikat (AS).

teksi terbang dubai

Syarikat penerbangan AS melaporkan, Dubai sebagai ekonomi yang berkembang pesat dan berinovasi tinggi.

Justeru, negara Uncle Sam tersebut berbesar hati mempersembahkan model Joby Aviation untuk menjayakan pelaksanaan teksi udara di negara Arab itu.

SEDIA UNTUK TERBANG

Ramai yang tertanya-tanya sama ada projek mega berjuta-juta itu boleh dijayakan atau sebaliknya?

teksi terbang dubai

Dalam video yang dikongsikan pihak berkuasa baru-baru ini menunjukkan jentera berkenaan sudah bersedia untuk terbang.

Ini kerana pihak tersebut turut bekerjasama dengan syarikat mobaliti udara termaju, Skyports Infrastructure for Advanced Air Mobility.

Jurucakap Joby Aviation, Oliver Walker-Jones berkata, pihaknya teruja dengan peluang yang diberikan dan berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikannya.

teksi terbang dubai

“Sudah menjadi harapan kami untuk operasi yang selamat dan cekap. Moga pesawat kecil itu membawa perjalanan penumpang yang dengan baik.

“Keutamaan kami ketika berlepas dan melakukan pendaratan menegak dengan lancar,” katanya.

Tak mustahil selepas ini negara pengeluar minyak ketiga terbesar dunia itu menjadi tumpuan dengan wujudnya teksi udara.

teksi terbang dubai

Soal caj bayaran servis pengangkutan tersebut mungkin belum dimuktamadkan lagi, tapi mesti mahal kan?

Satu soalan daripada kami, beranikah anda menaiki sebuah teksi udara? Berbaloikah ia?

Sumber Sinar Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post