Penyanyi Mamat Exists, 45, mengingatkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata yang mungkin berbaur gurauan sewaktu beraksi mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza (ASGV).
Ia susulan, muncul spekulasi membabitkan Nabil yang bergurau secara melampau susulan kenyataannya mengenai ketiadaan Mamat sewaktu mengacarakan program itu yang baru membuka tirai minggu pertama Ahad lalu.
Mamat berkata, dia sudah membaca penjelasan Nabil berhubung perkara itu dan memahami gurauan berkenaan mungkin bermaksud baik, namun tidak semua orang boleh menerimanya.
"Ia bergantung pada pemahaman masing-masing. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, saya malas nak besar-besarkan perkara ini. Cuma, kalau boleh dia (Nabil) kena lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata.
"Saya ingatkan kenapa dia kena berhati-hati sebab program ini (ASGV) pun bukan biasa-biasa. Ia antara program yang 'grand' terbitan Astro. Jadi, percakapan 'lepas' untuk bergurau yang dibuat itu boleh jadi 'viral'.
"Apatah lagi, saya pula sebelum ini sudah berhadapan dengan beberapa cerita 'viral' mengenai penampilan diri yang diperkatakan, jadi apabila timbul gurauan Nabil ini, lagilah menarik perhatian ramai terutama netizen," katanya.
Mamat berkata, dengan penjelasan daripada Nabil yang memaklumkan apa yang dikatakan mengenai dia berada di 'tempat tinggi' bermaksud dirinya adalah seorang 'legend', mungkin memang untuk bergurau.
Terdahulu, situasi bermula apabila pengacara bersama, Elly Mazlein bergurau dengan 'rajuk' mempersoalkan ketiadaan Mamat dalam pertandingan ASGV itu sedangkan Ezad diundi masuk mengisi kekosongan slot 'hot seat' musim kali ini.
"Memanglah minat Exists. Ingatkan Mamat," kata Elly seraya memalingkan wajahnya ke tempat lain dengan liuk manja.
Nabil kemudian mempertahankan Ezad dengan berkata: "Jangan cakap macam tu. Ezad ada kat sini tau. Abang Mamat kita tak dapat sebab dia berada di tempat yang lebih tinggi.
"Gurauan berlapik itu dengan pantas disambut Jihan Muse: "Ah ye, dia (Mamat) tengah 'hiking'.
"Sehubungan itu, segelintir penonton ASGV dan netizen di media sosial kurang selesa dengan gurauan Nabil yang dianggap melampaui batas seakan mempersendakan Mamat.
Sumber BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.