Sasar Miliki 100 Orang Anak, Lelaki Dari Uganda Kahwini 7 Wanita Serentak

 

SASAR miliki 100 anak, seorang lelaki Uganda bertindak mengahwini tujuh kekasihnya secara serentak minggu lalu dan bertekad untuk memiliki anak ramai.

Kisah perkahwinannya tular di media sosial. Selain mengundang reaksi negatif warga maya, ramai juga yang kagum dengan kehebatan lelaki itu apabila berjaya memikat sekali gus memikat hati wanita berkenaan untuk dijadikan isteri.

Habib Nsikonnene, 43, yang merupakan seorang pengamal perubatan tradisional popular, mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran di Uganda Ahad lalu.

Nsikonnene bagaimanapun mengaku bahawa dia bercadang untuk mempunyai lebih ramai isteri supaya boleh mencapai sasaran mempunyai 100 orang anak.

“Dalam keluarga saya, bilangan kami sangat sedikit, jadi saya mahu mempunyai ramai anak supaya dapat membina keluarga yang besar,” katanya.

Perarakan perkahwinan mereka disertai lebih 40 kereta dan 30 motosikal ke majlis perkahwinan yang diadakan di kampung Namasengere, daerah Kamulli.

Nama tujuh pengantin didedahkan kepada umum. Mereka adalah Aisha, Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha dan Sinap.

Difahamkan, semua dinikahkan dalam tempoh satu hari dalam majlis yang berlangsung pada 10 September lalu.

Habib berkata, beliau mengenali semua isterinya secara berasingan dan memutuskan untuk berkahwin dengan mereka sekali gus untuk membentuk keluarga besar.

Bapa kepada Habib mendedahkan ramai lelaki di Uganda memiliki ramai isteri.

Selain Habib, datuknya juga mempunyai isteri ramai iaitu seramai enam orang, manakala bapanya pula pernah mengahwini lima wanita.

Sumber The Sun

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post