Rezeki Dikurnia Anak Yang Bijak, Datin Emylia & Dato’ Ac Bangga Anak Lelaki Sambung ‘Degree’ Di Berlin

Ibu bapa mana yang tidak bahagia melihat anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara.

Itulah yang dirasai Dato’ AC Mizal dan isteri tercinta iaitu Datin Emylia Rosnaida apabila anakanda tersayang, Reeve Damien menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Jerman.

Jun lepas, anak lelaki pasangan romantis ini selesai majlis graduasi dalam bidang Diploma in Business Study di Raffles College of Higher Education Kuala Lumpur.

Reeve yang berusia 19 tahun sebelum ini turut aktif dalam dunia seni dan mengikut jejak ayahnya sebagai penyanyi.

Rezeki Dikurnia Anak Bijak, Datin Emylia & Dato’ AC Bangga Anak Lelaki Sambung ‘Degree’ Di Berlin!
Kredit Instagram @emyliadac
Rezeki Dikurnia Anak Bijak, Datin Emylia & Dato’ AC Bangga Anak Lelaki Sambung ‘Degree’ Di Berlin!

Dia juga merupakan anak sulung daripada dua beradik yang disifatkan seorang anak baik dan sopan-santun dengan orang tua.

Terbaharu, Datin Emylia menerusi perkongsian di media sosial meluahkan rasa sebak dan syukur apabila Reeve akan berangkat ke luar negara untuk menimba ilmu dalam Degreen in Business Management and Account di Berlin.

“I always knew you would go to big places, my prince Reeve Damien. You deserve all the success in this world. I hope you have a great student life abroad.”

Dalam pada itu, Datin Emylia dan suami turut mengadakan majlis doa selamat untuk anakanda tersayang. Untung Reeve, bukan hanya menjadi kebanggaan kedua-dua ibu bapa malah mendapat sepenuh kasih sayang daripada mereka.

Rezeki Dikurnia Anak Bijak, Datin Emylia & Dato’ AC Bangga Anak Lelaki Sambung ‘Degree’ Di Berlin!
Rezeki Dikurnia Anak Bijak, Datin Emylia & Dato’ AC Bangga Anak Lelaki Sambung ‘Degree’ Di Berlin!


“Majlis doa selamat dan kesyukuran, alhamdulillah. Thank you pada semua yang sudi datang, to my son Reeve Damien semoga terus sukses dan berjaya dalam pelajaran. Daddy and mummy doakan semoga lulus dengan cemerlangnya.”

Sebelum ini, Reeve Damien pernah menjadi bualan hangat warga maya apabila dia menerima hadiah sebuah kereta mewah Mercedes Benz daripada ibu bapanya ketika hari lahir ke-18 pada Mei tahun lalu.

Rezeki Dikurnia Anak Bijak, Datin Emylia & Dato’ AC Bangga Anak Lelaki Sambung ‘Degree’ Di Berlin!

Walau kedua-dua ibu bapa terkenal dan pemilik stesen televisyen SUKE TV namun Reeve seorang anak selebriti yang ‘humble’.

Pasangan selebriti romantis Dato’ AC Mizal dan Datin Emylia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2002.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Sumber Nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post