Raja Muda Perlis Perkenan Lancar ‘Perlis Ice Cream’ Di Mokti’s Turkiye

 

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan ‘Perlis Ice Cream” di Mokti’s Turkiye.

Pengasas Mokti’s Ice Cream Siti Fatimah Adnan yang juga dikenali sebagai ‘Ratu Aiskrim Malaysia’ berkata usaha itu merupakan langkah signifikan bagi membawa Perlis Ice Cream ke peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung memperkenalkan negeri Perlis.

“Aiskrim ini merupakan cetusan idea Raja Muda Perlis dan saya menerima titah Raja Muda melalui anakanda kedua baginda Sharifah Farah Adriana beberapa bulan yang lalu, yang meminta agar Mokti’s mengeluarkan satu variasi aiskrim yang unik dan menggambarkan warna bendera negeri Perlis dan dinamakan sebagai ‘Perlis Ice Cream’,” katanya kepada Bernama hari ini.

Turut berangkat anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Hadir sama Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Mokti’s Pengiran Muhammad ‘Adil Awang Iskanderdzulkarnain dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP kini dalam Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 ke negara Baltik, yang bermula 10 Sept lepas dan berakhir hari ini.

“Perlis Ice Cream bukan sekadar untuk menjanjikan kepuasan ke atas produk tetapi juga bertujuan untuk memperkenalkan keindahan negeri Perlis bersempena dengan kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025 seperti yang dihasratkan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra,” katanya dan menambah Mokti’s kini mempunyai 95 cawangan di seluruh Malaysia selain satu di Turkiye.

Sumber Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post