Pengalaman Ditipu, Ibu Shila Amzah Titip Nasihat - Waspada Wanita Dianggap Kakak, Adik, Anak Atau Sahabat

PENCERAIAN ibu bapa kepada penyanyi Shila Amzah, Datuk Amir Amzah Salleh atau dikenali sebagai ND Lala dan Datin Fauziah Sarman mengejutkan ramai.

Mahligai yang terbina selama 34 tahun terlerai dua kali iaitu pertama pada pada 2 Ogos lalu manakala kali kedua pada 8 Ogos apabila ND Lala menghantar lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp.

Beberapa minggu telah berlalu, Fauziah kini semakin kuat berhadapan kenyataan hasil sokongan daripada pelbagai pihak.

“Assalamualaikum semua. Pertama, dengan rasa rendah diri saya ingin mengucapkan seikhlas terima kasih di atas segala sokongan, perhatian dan kasih sayang yang ALLAH dianugerahkan kepada saya menerusi kalian, anak-anak, keluarga, kenalan jauh dan dekat serta yang mengenali saya sejak kisah rumahtangga saya diketahui semua.

“Sebagai seorang wanita yang dinikahi sejak 19 Oktober 1989 ketika usia saya 21 tahun, saya cuba menjadi isteri terbaik buat suami dan ibu buat empat orang anak. Tidak pernah langsung terfikir noktah ikatan perkahwinan saya menjadi begini kisahnya.

“Mahu atau tidak, kerana kerjaya anak sulung saya, tempiasnya terkena kepada saya. Apatah lagi penamat ikatan perkahwinan ini bagi saya tidak kena untuk usia perkahwinan kami yang bukanlah muda, malah kami sudah punya dua orang cucu,” titipnya.

“Saya menulis ini setelah berjaya memujuk hati, mengutip kekuatan hasil sokongan mereka yang sentiasa berada di sisi saya.

“Alhamdullilah kekuatan yang ada saat ini sangatlah luar biasa. Tiada lagi air mata. Tiada lagi rasa menyalahkan diri sendiri.

“Justeru, sedikit rasa sebagai seorang wanita pernah menjadi isteri dan ibu ingin, saya kongsikan supaya dapat menjadi pengajaran buat semua,” ujarnya.

Kata Fauziah, beliau tidak menyangka ujian rumah tangga datang daripada sahabat baik (BFF) anak sendiri yang bekerja dengan bekas suaminya.

“Tidak mudah bagi saya apabila mendapat tahu seorang perempuan seusia anak sulung atau lebih tepat BFF anak saya sejak Tingkatan Satu hingga Lima di sekolah yang sama berkahwin sampai ke pengetahuan saya.

“Saya pernah berada di fasa penafian kerana perempuan ini sudah saya anggap seperti anak sendiri. Makan, minum dan tidur di rumah keluarga kami. Apa sahaja acara kecil mahupun besar dimana-mana dia pasti ada.

“Saya masih ingat, pada 2019, anak sulung saya (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepada dia bahawa Abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya.

“Beberapa hari selepas mendapat tahu, saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah anak-anak. Saya bertanya sendiri da dia menjawab tidak akan melakukan kerana menganggap kami suami isteri sebagai ‘orang tuanya’.

“Hakikatnya ketika itu mereka telah pun berkahwin,” ujar Fauziah.

Tidak hanya itu, kongsinya, dalam tempoh sama rumah tangga beliau dan suami mula goyah. Hubungan Fauziah dan anak-anak dengan ketua keluarga mereka semakin renggang.

“Saya juga mendapat info daripada ahli keluarga perempuan ini yang dia sudah menghilangkan diri sejak 2016 lagi.

“Sepanjang tempoh inilah ikatan perkahwinan kami mula bergolak. Bekas suami saya ini sudah beberapa kali keluar rumah dan kadang-kadang pada awalnya berminggu tidak balik.

“Ketika masih tinggal bersama, beliau juga kerap outstation dan setiap hari selama beberapa tahun. Keluar pagi, balik malam.

“Malah ketika banjir besar pada Disember 2021, tiada pertolongan daripada ketua keluarga. Banyak harta benda musnah dalam tragedi banjir ini.

“Abah anak-anak saya menghilangkan diri selama hampir setahun sejak 28 Januari 2022. Panggilan telefon dan mesej tidak berjawab tetapi beliau tiba-tiba muncul ketika puteri sulung kami bertanding pada peringkat semi final dan final Gegar Vaganza,” kongsi Fauziah.

Ujarnya, berkat doa yang dititip, satu persatu kebenaran terbongkar. Paling mengejutkan Fauziah, bukan setahun dua, malah bertahun-tahun penipuan tersebut berlaku.

Salah satu yang meragukan ialah insiden membabitkan sebuah kereta.

“Anak saya sangka kereta itu milik abahnya tetapi dari sinilah kami sangat yakin cerita perkahwinan mereka ini sangatlah benar.

“Bagaimana rasanya jiwa seorang isteri apabila menemui pakaian suami dan perempuan lain dalam satu luggage,” titip Fauziah yang turut mengatakan kenderaan itu seperti rumah. 

Keperitan yang dilalui bertahun, ibu kepada empat cahaya mata itu berharap coretannya menjadi nasihat buat wanita lain.

“Saya menerima takdir yang tertulis buat saya apabila 34 tahun usia perkahwinan kami dinoktahkan secara kiriman WhatsApp suara (voice note) pada 8 Ogos . Lafaz dibuat pada 2 Ogos lalu sebelum anak sulung kami dinikahkannya sendiri pada 5 Ogos lepas.

“Coretan ini saya kongsikan supaya wanita-wanita di luar sana agar lebih berwaspada dengan sesiapa yang mungkin dianggap sebagai kakak, adik, anak atau sahabat.

“Janganlah memberi ruang yang terlalu luas hingga mata menjadi kabur menyaksikan drama yang akan dicipta manusia seperti ini.

“Menjadi baik dan bersangka positif itu jelaslah perlu dalam had yang sangat kita jaga. Kerana tidak semua manusia akan memikirkan lumatnya jiwa manusia lain.

“Malah mereka tidak akan ‘kisah’ mengisar halus emosi kita untuk meraih kemenangan dalam drama sebabak ini,” kongsinya.

Warga maya menyokong nasihat yang dikongsi Fauziah. Malah tidak kurang juga yang terus memberikan sokongan dan nasihat buatnya.

– “Arwah nenek pesan, jangan beri peluang orang perempuan luar tinggal di rumah kelamin kita waima tumpang kereta pasangan walaupun sekejap.”

– “Allahuakhbar, saya membacanya pun remuknya hati.”

– “Semua yang berlaku adalah dengan izin ALLAH dan yang perempuan itu ambil hanyalah sisa atau bekas Puan. ALLAH sayang Puan, selamatkan Puan daripada semua yang tidak elok dan tidak baik. Pasti ada hikmah dan ALLAH akan ganti kehidupan yang lebih indah buat Puan sekeluarga, aamiin.”

– “Sedihnya. Saya juga pernah melalui fasa ditikam dan dikhianati. Saya doakan semua wanita di luar sana kuat hadapi ujian ALLAH.”

Sebelum ini, penyanyi popular era 80-an itu pernah  dikaitkan dengan kontroversi bernikah lagi dengan wanita muda.

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung berkaitan isu terbabit.

Shila menafikan spekulasi dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.

Hasil perkongsian hidup selama 34 tahun, ND Lala dan Fauziah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Sumber IG @mamazie68

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post