KELAINAN upaya penglihatan atau buta tidak menyekat individu menggunakan peranti elektronik seperti telefon pintar.
Namun bagaimanakah caranya? Mungkin ramai yang tertanya-tanya, sementelah golongan ini mempunyai daya penglihatan yang terhad.
Seorang OKU penglihatan, Muhammad Danish Aiman, 25 berkongsi soalan yang sering diaju warganet berkaitan cara seseorang yang buta menggunakan telefon bimbit.
Menurutnya, orang buta boleh menggunakan kedua-dua telefon bimbit sama ada menggunakan sistem operasi iOS mahupun Android.
“Ada tak hand phone khas? Ramai yang komen. Ini telefon saya, jenama One Plus. Ia bukanlah telefon khas untuk orang buta,” ujar Danish menunjukkan fungsi TalkBack pada telefon bimbitnya.
Berkenaan TalkBack, Danish berkata melalui apa yang dituturkan itulah beliau berupaya membalas komen-komen dan chat menerusi peranti itu.
Danish yang merupakan OKU buta B1 iaitu kedua-dua belah mata gelap dan tidak dapat melihat langsung memaklumkan iPhone juga boleh digunakan melalui tetapan VoiceOver.
TalkBack adalah aplikasi yang membaca skrin direka untuk membantu pengguna OKU penglihatan menggunakan telefon.
Manakala VoiceOver pula menerangkan dengan tepat apa yang ada pada skrin telefon walaupun dalam tulisan Braille.
Warganet yang turut mencuba tetapan TalkBack dan VoiceOver mengakui agak keliru pada mulanya.
Malah tidak kurang yang mengatakan ia tidak mudah dan memerlukan daya konsentrasi tinggi.
– “Saya sudah cuba. Menggelabah cari semula untuk tutup fungsi talkback, dua jam baru berjaya. Terima kasih kerana berkongsi ilmu baru.”
– “Laju telefon ‘bercakap’, kalau saya tak dapat tangkap, kena dengar betul- betul”
– “Susahnya, perlukan kesabaran yang tinggi. Saya sudah try, nak nangis pun ada.”
– “Hebat, kelebihan yang ada pada anda tiada pada kami. Deria pendengaran dan pemahaman sangat kuat.”
Danish tampil berkongsi info berkenaan sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat telefon pintar khas untuk orang-orang buta.
Beliau menerusi video terdahulu menjawab persoalan warga maya berkaitan punca kehilangan penglihatan adalah disebabkan oleh penggunaan ubat bagi rawatan ekzema, glaukoma dan demam denggi.
Ujar beliau, daya penglihatannya hilang sedikit demi sedikit dari tahun 2018 hingga 2020 sebelum buta sepenuhnya.
Sumber TikTok @danisheddy98 1 , 2
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.