Rupanya apabila mengalami masalah sembelit, batuk mahupun gatal tekak boleh amalkan minum air rendaman buah kembang semangkuk ini. Ia merupakan salah satu remedi mudah dalam kaedah Perubatan Tradisional Cina yang mudah dan boleh kita cuba amalkan.
Bukan apa, kadang-kala macam-macam cara dah kita cuba, baik perubatan moden guna ubat hospital mahupun pelbagai petua lain. Boleh cuba remedi yang dikongsikan ini pula. Malah sesuai untuk anak-anak juga.
Baca perkongsian daripada Puan Syahida Nasution ini sebagai panduan.
AL FATEH BATUK. TOKMI (MAK MENTUA SAYA) PERNAH BERPESAN, MINUM AIR RENDAMAN KEMBANG SEMANGKUK NI BAGUS UNTUK MINUM WAKTU BATUK ATAU GATAL TEKAK. KAEDAH INI MERUPAKAN KAEDAH PERUBATAN TRADISIONAL CINA.
Memang kami selalu pastikan stok biji kembang semangkuk ini sentiasa ada di rumah supaya air rendamannya boleh diminum bila-bila masa.
Kebiasaannya, saya akan rendamkan biji kembang semangkuk dengan air panas dalam cawan dan campurkan dengan air masak biasa ke dalam botol.Bila direndam, saiznya akan mengembang sehingga 8 kali ganda dan ianya akan mengembang menjadi seperti jelly.
Anak-anak saya sebut air jelly. Hehe.
Rasa dan baunya okay saja, lebih kurang rasa dan bau air masak. Insya-Allah mudah nak suruh budak-budak ni minum.
Nisbah air rendaman adalah
1 biji kembang semangkuk : 1 air botol besar
Lebih menarik lagi, antara manfaat lain yang ada pada air rendaman kembang semangkuk ini adalah ianya juga bagus untuk masalah sembelit.
Kan bagus kalau saya tahu kebaikan yang satu ini waktu Al Fateh sembelit masa umur setahun lebih dulu.
Biasalah, bila tengok anak menangis ni mak dia pun ikut menangis sama. Haha.
Biji kembang semangkuk ini saya beli di Giant semalam, boleh cuba sebagai remedi untuk rawat anak-anak yang batuk nanti.
Semoga bermanfaat!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika anak ada masalah batuk atau sembelit boleh amalkan air rendaman buah kembang semangkuk ini. Semoga menjadi salah satu ikhtiar menyembuhkan penyakit.
Sumber FB Syahida Nasution
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.