James Harrison, lelaki dari Australia ini boleh dikategorikan sebagai manusia istimewa dan juga superhero sebenar. Mengapa? Teruskan membaca.
Kisahnya bermula apabila lelaki yang dilahirkan pada Disember 1936 ini terpaksa menjalani pembedahan pada tahun 1951 sewaktu berusia 14 tahun. Pembedahan dada tahap major yang dilaluinya ketika itu membuatkan Harrison memerlukan banyak darah.
Selepas menjalani pembedahan, Harrison ditahan selama tiga bulan di wad. Selama itu, hampir setiap hari dia menerima sumbangan darah berjumlah hampir 13 liter. Ketika itu, Harisson hidup ihsan darah yang didermakan orang kepadanya. Sejak itulah, Harisson berazam akan menjadi penderma darah pula supaya dapat membantu orang lain.
Harrison mengotakan janjinya. Dia mula menderma darah pada penghujung tahun 1950-an. Namun, dia tidak tahu darahnya begitu istimewa sehinggalah pihak hospital memanggilnya semula untuk menjalani ujian tidak lama selepas dia mula mendermakan darah.
Pihak hospital mengesan sesuatu yang berlainan dengan darah Harrison. Darah lelaki ini didapati berada dalam kategori istimewa dan amat sukar dicari. Darah Harisson mengandungi antibodi penyelamat di dalamnya yang boleh digunakan untuk mengembangkan vaksin anti-D yang mampu merawat penyakit rhesus.

Darah Harisson boleh digunakan untuk menyelamatkan bayi yang menghidap penyakit rhesus iaitu salah satu penyebab penyakit hemolitik yakni anemia yang parah kepada bayi yang baru lahir.
Penyakit rhesus mencipta ketidaksamaan antara darah ibu dan bayi sewaktu dalam kandungan. Keadaan ini disebabkan salah satu dari mereka (bayi dan ibu) memiliki Rhpositif (memiliki antigen D) dan yang lainnya Rhnegatif (tidak memiliki antigen D).
Akibatnya, ribuan bayi di Australia meninggal dunia setiap tahun kerana penyakit rhesus. Bagi bayi yang berjaya lahir biasanya mereka akan menderita kerosakan otak kekal kerana keadaan tersebut.
Kematian bayi sering berlaku akibat sukarnya mendapatkan darah istimewa seperti dimiliki Harisson. Darah Harrison memiliki antibodi dalam plasmanya yang mampu menghentikan kematian bayi akibat penyakit rhesus. Darah Harisson akan mengarah pada pengembangan vaksin yang disebut anti-D.

Sejak itu, Harisson terus setia menjadi penderma darah. Malah, Harrison turut menginsuranskan dirinya bernilai sejuta dolar Australia. Untuk rekod, Harrison mendermakan darahnya setiap seminggu sekali selama 60 tahun. Dan sepanjang tempoh itu, darahnya telah menyelamatkan 2.4 juta bayi, salah seorangnya adalah cucunya sendiri.
Apa yang membuat Harrison terharu, semua bayi yang yang dirawat dengan darahnya sejak dalam kandungan lahir dengan selamat. Bahkan, Harrison digelar ‘Man with golden arm’ juga menerima banyak anugerah atas jasanya itu dan dianggap sebagai hero kebangsaan Australia. Dia turut diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai orang yang paling banyak mendermakan darah.
Pada Mei 2018, Harrison mendermakan darahnya buat kali terakhir. Ini kerana undang-undang di negara itu menetapkan penderma darah tidak boleh melebihi usia 81 tahun.
Kini di usia 86 tahun, walaupun tidak dapat lagi mendermakan darahnya, Harrison terus dikenang sebagai superhero yang telah menyelamatkan banyak nyawa.
Sumber Utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.