Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Tingkatkan Lagi Berat Badan Kaum Wanita

 

Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Tingkatkan Berat Badan Wanita! Pelbagai faktor boleh menjadi punca kepada peningkatan berat badan seperti corak pemakanan, gaya hidup, kadar metabolisma diri dan sebagainya.

Pencemaran Udara Tingkatkan Berat Badan Wanita

Namun siapa sangka satu kajian mendapati pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara boleh meningkatkan berat badan, khususnya dalam kalangan wanita berusia lewat 40-an dan 50-an, lapor akhbar New York Post semalam.

Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Tingkatkan Berat Badan Wanita!

Menurut laman web EurekAlert, kajian tersebut melibatkan 1,654 wanita kulit putih, hitam, China dan Jepun dengan median usia 50 tahun.

Kajian terhadap mereka dilakukan selama lapan tahun dari tahun 2000 hingga 2008.

“WANITA-WANITA YANG TERDEDAH KEPADA KUALITI UDARA BURUK, KHUSUSNYA KADAR ZARAH HALUS LEBIH TINGGI SEPERTI NITROGEN DIOKSIDA DAN OZON, MENYAKSIKAN PENINGKATAN DALAM SAIZ BADAN MEREKA,” KATA PENGARANG KAJIAN, XIN WANG YANG MERUPAKAN PENYELIDIK BIDANG EPIDEMIOLOGI DI UNIVERSITI MICHIGAN.

Lemak Badan Lebih Tinggi

Menurut EurekAlert, pendedahan kepada pencemaran udara dikaitkan dengan lemak badan lebih tinggi dan jisim tanpa lemak yang lebih rendah dalam kalangan wanita pertengahan usia.

Tambah laman web tersebut, kajian itu menunjukkan lemak badan meningkat sebanyak 4.5 peratus atau kira-kira 1.17 kilogram dalam persekitaran udara tercemar. Dalam kajian itu, pasukan penyelidik mengukur tahap pencemaran udara di sekitar kediaman responden bagi mencari hubung kait antara dua entiti tersebut.

Bagaimanapun, senaman dan aktiviti fizikal bertindak sebagai penghalang kepada kesan buruk penemuan tersebut, kata EurekAlert.

Sementara itu, Xin Wang berkata, disebabkan kajian itu hanya memberi fokus kepada wanita pertengahan usia, hasil penemuan tidak boleh diguna pakai untuk wanita dan lelaki lebih muda atau lelaki tua.

Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Tingkatkan Berat Badan Wanita!Rupanya pencemaran cuaca juga memainkan peranan dalam peningkatan berat badan iya.

Sumber KosmoNew York Post

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post