SETIAP kenderaan mempunyai nama pemilik tidak kira sama ada ia sebuah motosikal, kereta, trak pikap dan sebagainya.
Pemilikan nama kenderaan itu pula boleh ditukar hak milik asalkan ada tuannya.
Namun jika pemilik kenderaan tersebut telah meninggal dunia, ada caranya juga untuk pewaris menukar nama.
Bagi mereka berhasrat untuk berbuat demikian, ini cara dan proses menukar nama hak milik kenderan individu yang telah meninggal dunia menerusi perkongsian seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Nazeman di bawah ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Nazeman di akaun TikTok @dnazmas, menjelaskan bagi mana-mana motosikal atau kereta apabila pemiliknya telah meninggal dunia, JPJ hanya membenarkan pembaharuan cukai jalan (roadtax) dilakukan dalam tempoh tiga tahun sahaja.
Jelasnya, dalam tempoh ini waris perlu membuat penukaran nama kenderaan tersebut melalui Surat Kuasa.

Ujarnya, untuk mendapatkan surat ini, waris perlu hadir ke Mahkamah atau Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah dan Agensi Amanah Raya bagi urusan pemilikan tersebut.
Selepas itu, penukaran nama pemilik kereta perlu melalui Puspakom untuk membuat pemeriksaan B5. Manakala bagi motosikal tidak memerlukan pemeriksaan ini di Puspakom.
Barulah proses penukaran ini boleh dilakukan.
Bayaran Penukaran Nama Pemilik;
Bagi bayaran penukaran nama pemilik kenderaan, kadar yang dikenakan bagi kereta adalah RM100, sama seperti proses bagi pemilik yang masih hidup.
Manakala bagi motosikal pula adalah RM3 bagi warganegara.
Semoga bermanfaat.
Sumber Sinar
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.