IBU kepada pelakon Datuk Adi Putra iaitu Noor Banoo Khan Mohd meninggal dunia pada pukul 11.15 pagi, hari ini.
Berita sedih itu dikongsi oleh Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim,42, menerusi hantaran di Instagram.
“Dukacita saya ingin maklumkan bahawa bonda saya, Noor Banoo Khan Mohd telah pulang ke Rahmatullah, pukul 11.15 pagi,” tulisnya.
Bagaimanapun, Adi tidak berkongsi lanjut punca arwah meninggal dunia.
Adi turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua mendoakan ibunya sejak dirawat di hospital.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan,” katanya.
Jenazah akan disemadikan di Pusara Aman Singapura selepas solat Asar.
Selasa lalu, Adi berkongsi kesedihan apabila menerima berita ibunya berada dalam keadan kritikal di Singapura sekaligus memohon agar urusan prosedur jantung ibuya dipermudahkan.
Ketika itu Adi berada di Makkah.

“Hampir dua bulan di Tanah Suci di Arab Saudi, mendapat panggilan kritikal dari Singapura tentang keadaan ibu saya,” ujarnya.
Sumber URTV
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.