Dijual Dengan Harga 30 Sen Sebiji, Netizen Teruja Mahu Cuba Karipap ‘Inti Oksigen’ Sebenar

Juadah yang biasanya muncul tiap kali bulan Ramadan, karipap ‘inti oksigen’ (tiada isi) sering menjadi perhatian di media sosial. Mana tidaknya, karipap yang kononnya ada inti kentang, ayam atau daging kosong berisi angin.

Namun, untuk peniaga ini ia dilihat sebagai satu peluang perniagaan. Dalam video yang dikongsi foodhunter abucarimakan, beliau ke Kampung Sungai Tua Bahru, Batu Caves untuk mencuba Karipap ‘Inti Oksigen’ yang menjadi pilihan penduduk di situ.

Ideanya untuk menjual karipap itu datang daripada permintaan anak-anaknya. “Ada satu hari, inti karipap dah habis tapi anak-anak ni suka makan karipap tanpa inti.

“Jadi saya pun goreng untuk mereka dan sejak itu, saya pun mula jual karipap tanpa isi. Alhamdulillah, tak sangka dapat sambutan. Letak-letak habis,” terang peniaga tersebut.

Melihat cara karipap tersebut dibuat, peniaga tersebut turut memasukkan sedikit gula untuk menambah rasa. Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenanrya yang suka makan kulit karipap sahaja tanpa inti.

“Satu kebahagiaan untuk yang yang makan karipap buang inti macam aku,” tulis An. “Atleast kakak ni berniaga jujur, tulis siap-siap jual karipap oksigen,” tulis seorang lagi peniaga.

Jika anda berminat untuk cuba, boleh ke Warung Santapan by Hanibonbon di Kampung Mahkota Sungai Tua, Batu Caves.

Sumber Vocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post