Dalam dunia haiwan, ada banyak spesies yang didapati sedang diancam kepupusan atau memang sudah pupus dan tidak dapat ditemui lagi di mana-mana. Salah satu faktor yang mengakibatkan kepupusan ‘mereka’ juga angkara tangan-tangan manusia.
Ini antara haiwan yang sudah tidak dapat kita lihat hari ini…
TARPAN
Haiwan ini adalah sejenis kuda liar daripada subspesies kuda purba yang sudah pupus. Ia dikenali sebagai Tarpan oleh penduduk Perancis. Nama sains Tarpan adalah Equus ferus ferus. Kuda ini juga dikenali sebagai kuda Eurasian. Menurut beberapa pakar haiwan, dipercayai Tarpan terakhir di dunia dikesan berada di Rusia pada tahun 1909.
Secara kasarnya, Tarpan bukanlah seperti kuda liar yang biasa kita lihat. Ia sebenarnya jinak. Namun disebabkan haiwan ini wujud sejak zaman prasejarah, saintis haiwan mengelaskannya sebagai haiwan liar.
Bentuk fizikalnya seakan sama dengan keldai. Namun ramput di kepalanya saja yang membezakannya daripada keldai. Spesies ini membiak dengan banyak di Ukrain hingga ke Sepanyol. Dipercayai, sekitar tahun 1800, haiwan ini boleh ditemui jika kita mengembara dari selatan Perancis hingga ke timur Rusia.
Bagaimanapun, selepas era pencerahan berlaku di Eropah, haiwan ini diburu peladang dan petani yang membuka kawasan pertanian di kawasan ragut Tarpan.

QUAGGA
Di Afrika Selatan, terdapat satu dataran yang dinamakan dataran kuda belang. Di kawasan ini pelbagai spesies kuda belang wujud. Tahukah anda, di antara semua jenis kuda belang yang biasa kita lihat hari ini, ada sejenis kuda belang yang dikenali sebagai Quagga.
Masyarakat Afrika Selatan memanggil spesies kuda belang ini sebagai ‘kwa-ha-ha’. Apa yang membezakan Quagga dengan kuda belang lain adalah corak belangnya. Haiwan ini hanya mempunyai belang di bahagian tengkuk saja tanpa melibatkan bahagian badannya.
Quagga adalah haiwan yang sangat jinak. Ia berbeza dengan spesies kuda belang Burchell yang liar dan tidak mudah didekati. Sifat mudah didekati menyebabkan haiwan ini pupus. Dipercayai, sejak tahun 1800, haiwan ini telah buru untuk dijadikan makanan.
Pemburuan Quagga makin menjadi-jadi selepas kedatangan Belanda. Dagingnya dikatakan sedap dan mampu menggantikan daging haiwan ternakan. Pakar sejarah menganggarkan haiwan terakhir telah pupus pada tahun 1870-an. Sekitar tahun 1900, usaha membiakkan baka spesies ini giat dijalankan di Eropah namun gagal.

TASMANIAN TIGER
Nama saintifik harimau Tasmanian adalah synocephalus thylacinus. Nama ini datang daripada bahasa Yunani yang bermaksud ketua anjing. Mengikut jurnal sains, haiwan ini adalah daripada keluarga karnivor marsupial terbesar pada zaman moden. Ia boleh ditemui benua kecil Australia hingga ke New Guinea.
Masyarakat asli Australia menamakan harimau ini sebagai serigala. Haiwan ini dikatakan telah pupus pada abad ke-20. Semasa abad ke-19, harimau Tasmanian cuma boleh ditemui di Pulau Tasmanian. Menurut beberapa pengkaji hidupan liar, harimau ini hidup bersama-sama tasmanian devil.
Pembukaan ladang oleh pendatang daripada Eropah menyebabkan bilangan harimau ini menjadi pupus. Ini kerana, peladang daripada Eropah ini memburu haiwan ini kerana bimbang ternakan mereka menjadi sasaran harimau ini. Malah kerajaan yang ditubuhkan pendatang Eropah di Australia juga menggalakkan pemburuan harimau ini bagi mengelakkan kerugian ditanggung penternak. Mengikut rekod, harimau Tasmanian terakhir ditemui mati pada tahun 1936 di Zoo Hobart, Tasmanian.

BUBAL HARTEBEEST
Haiwan ini adalah daripada keluarga antelop. Bubal Hartebeet berasal dari Afrika utara dan berkeliaran di utara gurun sahara menuju ke Maghribi hingga ke Mesir. Bubal dalam bahasa Afrika bermaksud Antelop. Kawasan keliaran haiwan ini dipercayai sehingga ke Palestin dan Arab Saudi.
Haiwan sejak beberapa ratus tahun telah menjadi makanan pada masyarakat padang pasir. Malah ada golongan badwi memanggil haiwan ini sebagai kibas. Meskipun begitu, nama yang jelas mengenai haiwan ini adalah Bubal Hartebeet. Seperti juga antelop lain, ia mampu berlari pantas dan tahan panas. Haiwan ini juga mampu mengembara jauh dan bertahan dalam keadaan ribut pasir yang tebal.
Selepas abad ke-19, haiwan ini mengalami kepupusan. Menurut beberapa pakar haiwan, selepas era penaklukan Algeria oleh bangsa Perancis, bermulalah era kepupusan Bubal Hartebeet. Keadaan ini berlaku akibat pemburuan haram dan pembunuhan besar-besaran oleh tentera Perancis.
Mengikut beberapa cerita, tentera Perancis berbuat begitu berikutan mereka percaya, haiwan liar yang berkeliaran di gurun sahara menjadi halangan untuk mereka mengawal pergerakan pejuang tuareg yang mempertahankan negara mereka daripada dicerobohi tentera asing dari bumi Eropah ini. Maklumat perisikan tentera mendapati, haiwan liar di gurun sahara menjadi sumber makanan tentera-tentera tuareg. Sebab itulah mereka sukar dijejaki.
Justeru bagi menghalalkan mereka untuk menakluki dan menjajah, tentera Perancis telah melakukan pembunuhan besar-besaran haiwan gurun. Salah satu yang menjadi mangsa adalah Bubal Hartebeet. Spesies terakhir dipercayai telah ditembak pada tahun 1902.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.