Bapa Telah MeninggaI Dunia, Anna Jobling Kini Hilang Penyokong Nombor Satu

 

AL-FATIHAH. Bapa kepada pelakon popular, Anna Jobling iaitu Abdul Rahman Jobling Abdullah meninggal dunia.

Anna atau atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, ketika memaklumkan perkara itu berkata, dia pasti akan merindui kata-kata semangat bapanya yang menjadi penyokong nombor satunya selama ini.

Memetik Harian Metro, kematian bapa sangat memberi kesan emosi terhadapnya.

“Semestinya ia memberi kesan emosi kepada saya. Saya sangat dirahmati kerana mempunyai bapa yang sentiasa menyokong saya dalam segala hal. Apa saja yang saya ingin lakukan.

“Tidak kisah apa, dia cakap asalkan saya buat yang terbaik dan menggembirakan saya. Mohon jasa baik anda semua sedekahkan al-Fatihah kepada arwah,” katanya.

Selebriti berusia 23 tahun itu kini sedang menjalani penggambaran drama Indonesia di Bali, Indonesia bagaimanapun enggan berkongsi butiran lanjut mengenai pemergian bapanya itu.

Menurutnya, dia cuba habiskan komitmennya sebelum kembali ke pangkuan keluarga.

Terdahulu, Anna pernah meminta orang ramai untuk tidak mengaitkan keluarganya dalam kehidupan glamournya.

Bapanya pernah bekerja sebagai jurutera minyak dan gas berasal dari United Kingdom.

Sumber Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post