Ryan Bakery nama yang tidak asing lagidi laman sosial. Terkenal dengan video parodi pendek yang mengimbas kembali kenangan indah zaman kanak-kanak pada era 1990-an, aksinya buat ramai tak kering gusi.
Selebriti TikTok yang baharu dinobatkan sebagai Popular Content Creator Of The Year menerusi acara berprestij TikTok Awards Malaysia 2023 mengumumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Pempengaruh berusia 28 tahun itu berkata kepada portal media tempatan bahawa sterinya, Elyia Ibrahim kini sedang hamil lima bulan.
Biarpun masih tidak mengetahui jantinya bayi, Ryan sudah membuat persiapan menyediakan nama yang indah buat anak sulung yang bakal lahir.
“Isteri saya kini sedang hamil lima bulan. Tanpa saya sedar, saya bakal bergelar seorang ayah. Saya minta doa yang baik-baik daripada semua orang.
“Jika anak lelaki saya cadang nak letak nama Ryan Ezra dan jika anak perempuan Raysha Ezra, insya-ALLAH,” kongsinya.
Memasuki trimester kedua kehamilan, Ryan atau nama penuhnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery turut mendedahkan isterinya mengalami alahan yang teruk.
Selain itu, ujarnya Elyia juga kerap mengidam air teh hijau.
“Isteri saya mengalami alahan teruk, dia muntah-muntah. Awalnya saya tidak tahu dia hamil sehingga dia menunjukkan kit ujian kehamilan.
“Saya ingat dia kena Covid-19, rupanya bukan. Apabila tahu isteri hamil, saya terus menangis. Jantina belum tahu lagi.
“Ada juga dia mengidam yang pelik-pelik, contohnya nak minum air teh hijau.
“Kampung saya di Temerloh itu jauh ke kawasan dalam. Kalau hendak keluar ke pekan, jauh. Kalau saya mengadu penat, risau dia akan menangis. Saya start kereta pergi beli juga,” ujarnya.
Ryan dan Elyia berkahwin pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber Oh Bulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.