Aksi Siti Nurhaliza Dan Afwa Tidur Dalam Kereta Cuit Hati Ramai, Comel Sama Labuh Pipinya

 

PENYANYI tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin hari ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video di media sosial miliknya.

Menerusi posting di Instagramnya, ibu kepada dua anak itu berkongsi momen yang memaparkan dia dan anak lelaki kesayangannya, Muhammad Afwa sedang asyik tidur di dalam kereta.

Apa yang membuatkan terserlah kecomelan adalah aksi tersebut dirakam oleh suami Siti sendiri iaitu Datuk Seri Khalid.

“Bila ayah duduk depan… inilah hasilnya… tapi ayah kata cute dua beranak ni… sama labuh pipinya,” tulisnya.

Sungguh comel wajah keduanya yang saling tak tumpah. Dengan pipinya yang sama labuh, perkongsian itu membuatkan ramai tersenyum melihat aksi mereka.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji keduanya berwajah sama yang sangat cute.

Ujar mereka;

“Eeee geramnya pipi pao masing-masing hahahha Afwa ikut pipi ibunya Siti Nurhaliza.”

“Buat pertama kali kita dapat melihat our legend singer Siti Nurhaliza tidur rupa macam mana. Tidur pon cantik ni.”

“Comeynya simpan jadi kenangan suatu hari kelak bila Afwa dah besar.”

“Tidur pun comel jer dua beranak ni.”

“Ok ini paling epic, tak tahu nak picit pipi sapa.”

Sumber Sinar Plus

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post