“Habiskan Belajar Dulu” - Raih Trofi Creator of the Year, Pesan Khairul Aming Untuk Anak Muda Dapat Pujian


Seperti yang diduga apabila pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming mengungguli kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 yang disiarkan secara langsung TV3 dan akaun TikTok Malaysia dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, malam tadi.

Khairul yang popular dengan kandungan masakan sepanjang Ramadan menyifatkan kejayaannya itu hasil sokongan keluarga, rakan pencipta kandungan dan pasukan perniagaannya.

“Habiskan Belajar Dulu” Raih Trofi Creator Of The Year, Pesan Khairul Aming Untuk Anak Muda Dapat Pujian!

“Terima kasih kepada emak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini, mesti beliau bangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” katanya ketika menerima trofi.

Paling mendapat perhatian ramai dalam ucapannya malam tadi apabila anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini menasihati pencipta kandungan muda agar tidak mengabaikan pelajaran.

“Kepada anak muda yang menceburi bidang ini, kalau masih bersekolah, habiskan belajar dahulu supaya apabila tamat, boleh jadi pencipta kandungan berkualiti.

“Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” katanya.

Sumber Keluarga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post