Ketam Sangat Baik Untuk Pertumbuhan Otak Anak, Banyak Khasiat Yang Wajib Kita Tahu

 

Pastinya jenuh menahan perasaan bila melihat pelbagai menu berasaskan ketam yang berkeliaran di media sosial kan.

Selain rasanya yang sedap, ketam mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh. Salah satunya ia antara makanan untuk kuatkan otak anak-anak.

Ketam juga tinggi kandungan omega 3 yang mana penting untuk pertumbuhan otak anak yang optimum.

Ada kajian menyatakan, apabila mengambil seafood seperti ketam sekali seminggu, ia boleh kurangkan risiko penyakit pelupa seperti Dementia dan Alzheimer’s disease. Menarik betul kan.

Kita cubalah seminggu sekali atau sebulan sekali pun tak apa. Kalau anak umur setahun ke atas, kita dah boleh start kenalkan ketam ini.

Antara khasiat lain pada ketam untuk anak;

1. Untuk kesihatan jantung.

2. Kurangkan risiko anemia, ketam ada kandungan folate dan vitamin B12, penting untuk sel darah merah anak.

3. Penting untuk pertumbuhan otot anak, ketam padat dengan kandungan protein.

4. Bagus untuk sistem imun anak, ketam juga tinggi kandungan zink.

5. Baik untuk sistem saraf, dengan kandungan vitamin B12, selenium dan copper dalam ketam.

Semua ni, penting untuk anak kita dan ia ada dalam real food ketam.

Bukan jejari ketam yang tinggi pengawet, MSG, pewarna dan perasa. Ini bukan ketam sebenar. Elakkan dari anak kita ya, seboleh mungkin.

Bila kita banyak ambil real food sebagai makanan utama anak-anak, mereka tidak lagi perlukan supplement tinggi gula untuk otak mudah belajar, fokus dan cepat ingat.

Sebenarnya bila kita sediakan makanan untuk perut anak, kita juga tengah sediakan makanan untuk otak dan hati anak, dalam masa yang sama.

Apa yang baik di perut anak, baik juga di otak dan hati anak kita. Begitu juga sebaliknya.

Kita cuba sama-sama ya, berikan yang terbaik semampu kita, untuk perut, otak dan hati anak-anak.

Sumber FB Dr Mazliana Mazlan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post