Bagi penggemar-penggemar T-Shirt, tentu anda kecewa bila pakaian kesukaan anda itu sudah tidak sempurna apabila lehernya kembang membuatkan ianya tidak lagi selesa digunakan.
Bukan itu sahaja, tshirt yang mempunyai masalah yang serupa akhirnya di buang ke dalam tong sampah atau dijadikan kain buruk.
Sayang kan? T-shirt tersebut bukannya murah malah ada yang special edition.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok yang menggunakan nama @Syafiq.art, dia telah menunjukkan cara bagaimana mahu memperbaiki masalah ini.
Rupanya hanya menggunakan 2 bahan sahaja dan kosnya amat murah.
1. Seperiuk Air Panas Menggelegak
2. Gelang Getah
Seterusnya ikuti langkah-langkah ini.
Langkah 1
Pertama, anda perlu jerang air dalam periuk sehingga panas dan mendidih.
Langkah 2
Kedua, sementara menunggu air dijerang, ambil baju yang kolarnya sudah meregang dan ‘kembang semangkuk’ itu, ambil segelung getah dan ikatkan pada bahagian kolar baju yang sudah hilang bentuk itu.
Ikat mengikut cara yang ditunjukkan dalam video di BAWAh.
Langkah 3
Ketiga, setelah air siap dimasak, rendamkan baju kedalam air panas yang baharu di masak itu,sehingga semua bahagian kolar baju yang berikat itu basah dan merata terkena air panas tersebut selama 3 hingga 4 minit.
Setelah direndam, keringkan sahaja baju tersebut dengan keadaan terikat, atau boleh juga jemur dibawah terik mentari sehingga kering.
Langkah 4
Keempat, setelah baju benar-benar kering boleh lah gosok bahagian kolar yang berkedut akibat cerutan getah tu, dan dipakai seperti biasa. Hasilnya pasti membuatkan anda puas hati, kerana bentuk kolar akan kembali seperti sediakala!
Sekadar info, pemakaian t-shirt sama secara kerap dan berulang kali boleh menjadi punca kepada masalah kolar t-shirt kembang, meskipun anda baru sahaja membeli t-shirt itu.
Kualiti kapas yang digunakan juga antara yang menjadi punca anda mengalami masalah sama, jadi sebelum membeli baju, pastikan dahulu kualiti kain dan peratusan kapas yang digunakan untuk membuat baju berkenaan.
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba tip ini pada tshirt suami anda.
Sumber Keluarga
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.