Kenapa Biar Kipas Berdebu Berbulan Lamanya? Hanya Ambil Masa ‘5 Minit’ Je Untuk Dibersihkan!

 

Pernah tak anda hadapi situasi ni, rumah terasa bahang, maka kita pun pasang lah kipas pada kelajuan maksima. Tapi, pelik angin kipas seolah tak membantu! Masih berpeluh juga dan hawa bahang tak juga hilang meninggalkan kita.

Haa.. Apa kata cuba Hijabi belek-belek kipas di rumah anda tu? Bersawang tebal kan.. Memang tak la nak rasa sejuk tu kalau kipas tu dibiarkan berbulan tak bercuci sampai sawang berkerak sebesar saiz ulat bulu.

Cleaning Hack’ Mudah! Hanya Ambil Masa 5 Minit Je

-ADVERTISEMENT-

Nak hawa sejuk dan nyaman, tapi malas nak ambil masa lama untuk cuci kipas? Jangan khuatir sis. Cuba lakukan ‘Cleaning Hacks’ perkongsian daripada Kyvol Home ini, dengar kata hanya ambil masa lima minit je! Confirm kipas anda bersih dan mengeluarkan hawa yang sejuk lepas ni.

Perkongsian berkenaan dibuat menerusi satu muat naik video di laman Tik Tok menerusi akaun pengguna @Kyvolhometips. Tips mencuci ini bukan sahaja sahaja mudah, menariknya hijabi tidak perlu memperuntukkan masa yang lama dan memerah tenaga demi membersihkan kipas.

Kenapa Biar Kipas Berdebu Berbulan Lamanya? Hanya Ambil Masa ‘5 Minit’ Je Untuk Dibersihkan!

Cara-caranya:

1. Pertama sekali, apa yang oerlu anda lakukan adalah, sediakan plastik besar yang boleh memuatkan keseluruhan kepala kipas didalamnya.

2. Kemudian, campurkan air bersama soda bikarbonat bersama cuka dan sabun pencuci pinggan dan kacau kesemua bahan campuran itu sehingga sebati.

3. Masukkan, adunan cecair yang telah sebati itu ke dalam botol penyembur (spray bottle) dan semburkan pada keseluruhan kepala kipas yang diselaputi sawang itu. Pastikan, cecair itu mengenai keseluruhan kipas.


4. Setelah itu, tutup kipas dengan plastik besar tadi. Kemudian tekan suis membuka kipas pada kelajuan maksima. Biarkan kipas terpasang pada kelajuan berkenaan selama lima minit.

5. Setelah tempoh lima minit tamat. Anda boleh melihat habuk dan debu yang akan jatuh dan terkumpul di dalam plastik dan kipas pun bersih dan bakal mengeluarkan angin kencang di dalam rumah anda.

Haa.. Tak perlu susah payah lagi mencuci kipas kan? Dengan ‘cleaning hacks’ ini anda hanya perlukan lima mini sahaja. Jadi apa tunggu lagi, jom ‘settle’ kan kipas anda yang dah bersawang berbulan-bulan tu. Selamat mencuba!

Sumber Tik Tok @kyvolhometips

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post