Mestipun sering kali isu faraid atau pembahagian harta pusaka sering dibangkitkan, namun masih ramai yang kurang cakna mengenainya.
Hakikatnya semua orang perlu mengambil maklum tentang perkara tersebut. Ini kerana kita pasti akan menemui Sang Pencipta apabila tiba saatnya.
Tiada siapa pun yang tahu siapa yang akan pergi meninggalkan alam yang fana ini. Masakan tidak, ajaI boleh sahaja datang menjemput pada bila-bila masa waima dalam usia muda sekalipun.
Namun begitu, ada sesuatu yang perlu kita fahami tentang perihal faraid terutama bagi mereka yang sudah berumah tangga.
Peguam syarie, Nurain Akmal Khairunnisa Amir Hamzah menjelaskan, mengikut undang-undang syariah, kedudukan harta sepencarian adalah mendahului faraid.
Ini kerana lazimnya dalam alam rumah tangga, hanya suami dan isteri saling mengenali pasangan masing-masing.
“Kedua-dua mereka lebih mengetahui sumbangan dan pengorbanan masing-masing berbanding ahli keluarga sendiri,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantarannya di laman sosiaI Facebook miliknya baru-baru ini.
Seperkara lagi, beliau mengingatkan, meskipun isteri tidak bekerja dan hanya bergelar suri rumah, wanita tersebut masih berhak menuntut harta sepencarian berdasarkan takat sumbangan tak langsung dalam perkahwinannya bersama suami yang sudah meninggaI dunia.
“Isteri perlu memfailkan pengistiharan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu selepas kem4tian suami.
“Ini bagi mengelakkan berlaku salah faham dalam kalangan ahli waris kelak. Bukan apa, takut sekiranya harta-harta yang sepatutnya menjadi milik isteri jatuh ke tangan yang tidak sepatutnya,” terangnya.
Isteri berhak tuntut harta sepencarian dalam perkahwinannya bersama suami yang sudah meninggaI dunia.
Begitu juga halnya dengan si suami, Nurain Akmal Khairunnisa menambah, sekiranya kaum Adam ada membuat sumbangan secara langsung terhadap mana-mana pemilikan harta dalam perkahwinan, maka mereka boleh juga memfailkan harta sepencarian sebelum harta difaraidkan andai isteri meninggaI dunia.
“Selepas mahkamah memutuskan harta si mati mengikut bahagian harta sepencarian, maka baki harta tersebut boleh diwasiatkan dan dihibahkan sekiranya ada serta difaraidkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, pengamal undang-undang syariah itu turut berkongsi ilmu tentang perkara yang perlu dilakukan waris dengan harta si m4ti jika meninggal dunia.
Berikut adalah turutan sebagaimana yang digariskan oleh agama Islam:
– Kos perbelanjaan pengebumian si m4ti.
– Langsaikan hutang-hutang si m4ti sama ada hutang dengan Allah SWT atau hutang kepada manusia.
– Uruskan wasiat si m4ti sekiranya arw4h ada mewasiatkan hartanya kepada bukan ahli waris dan urus hibah jika ada.
– Pengisytiharan harta sepencarian.
– Faraidkan harta si m4ti.
Semoga dengan perkongsian ini akan menambah lagi ilmu kita berkaitan faraid.
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.