Sebagai masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kaum di Malaysia, seringkali persoalan yang timbul adalah mengenai hukum mengucapkan istirja iaitu lafaz ‘Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ kepada orang bukan Islam.
Mufti wilayah menjawab tentang hukum ini di dalam al-kafi li al-fatwa ‘hukum mengucapkan lafaz istirja’
Pada dasarnya, lafaz istirja’ ini membawa maksud bahawa semua manusia adalah milik Allah SWT. Imam al-Qurtubi berkata melalui tafsirnya: Kalimah, ‘Inna lillahi’ adalah tauhid dan pengakuan terhadap ubudiyah (status kita sebagai hamba) dan kekuasaan Allah.
Sedangkan kalimah, ‘Wa inna ilaihi roji‘un’ adalah pengakuan bahwa semua manusia akan binasa, dan akan dibangkitkan dari alam kubu, serta keyakinan bahawa semua urusan kembali kepada-NYA, sebagaimana semua ini milik-NYA.
Apabila berlakunya musibah (kem4tian) maka antara ciri-ciri mereka yang bersabar dengan musibah tersebut adalah mereka mengucapkan istirja’ iaitu ucapan:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.
Ummu Salamah RA berkata bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah, “Innaa lillahi wainnaa ilaihi roji’un allahumma`jurnii fii musiibati wa akhlif li khairan minha (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala kerana musibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya).’ melainkan Allah menukar baginya dengan yang lebih baik”. (Hadis Riwayat Muslim)
Maka jelaslah melalui hadis ini bahawa setiap orang mukmin digalakkan untuk menyebut lafaz istirja’ ketika ditimpa musibah sama ada musibah tersebut kecil ataupun besar (misalnya kem4tian).
Imam al-Nawawi menyebut sunat melafazkannya kerana Rasulullah SAW disuruh melafazkannya, ayat al-Quran juga menunjukkan hal yang sama begitu juga ijmak ulamak.
Menurut Syeikh Ibn Baz (Mufti besar Arab Saudi 1993 – 1999) jika orang bukan Islam meninggal dunia, tidak mengapa untuk umat Islam mengucapkan lafaz ‘istirja’ walaupun orang kafir tersebut bukan daripada kalangan ahli keluarga.
Ini kerana setiap manusia akan kembali kepada-NYA, dan setiap manusia adalah kepunyaan Allah namun tidak boleh mendoakan mereka atau memohon keampunan bagi mereka selagi mana mereka tidak kembali ke jalan Allah.
Allah berfirman “tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka”. (Al-Taubah: 113)
Pada ayat ini, larangan daripada Allah terhadap orang-orang yang beriman agar tidak mendoakan keampunan buat orang-orang Musyrik. Hal ini juga ada disebut oleh Imam al-Nawawi:
“Adapun solat ke atas orang kafir dan mendoakan mereka agar diampuni dosanya, maka hukumnya haram, berdasarkan nas al–Qur’an dan Ijma’
Justeru dibolehkan melafaz istirja’ kepada non-Muslim apabila meninggal dunia dengan ucapan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi roji ‘un’. Sebaliknya diharamkan memohon ampun kepada mereka yang tidak meninggaI dunia di dalam Islam.
Seperti yang dinyatakan oleh Mufti Wilayah, jelas sekali hukum ucap istirja ‘Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’ kepada non-Muslim sama ada si m4ti itu daripada penganut agama Hindu, Sikh, Buddha atau Kristian adalah dibenarkan. Sesungguhnya Islam meraikan kepelbagaian agama yang ada di dunia ini.
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.