Peningkatan suhu badan anak-anak boleh menyebabkan ibu bapa berasa gusar.
Situasi tersebut sering dikaitkan dengan gejala demam panas apabila peningkatan suhu boleh berlaku secara tiba-tiba disebabkan strok haba.
Hal tersebut dilaporkan pernah berlaku di Amerika Syarikat pada 2017. Seorang kanak-kanak bernama Anastasi Abma diserang strok haba ketika sedang tidur di dalam biliknya.
Kata ibunya, Jennifer Abma, dia mendapati anaknya tidak sedarkan diri dan dalam keadaan berpeluh yang keterlaluan selain mukanya kemerahan serta badannya panas.
Galakkan kanak-kanak untuk minum air putih dengan secukupnya.
Kekalutan berlaku apabila anaknya tidak sedarkan diri meskipun sudah dikejutkan. Tiada cara lain melainkan memanggil ambulans dan mendapatkan rawatan di hospital.
Syukur segalanya selamat dan Anastasi dikatakan tidak mengalami sebarang komplikasi.
Ketika ini negara kita digemparkan dengan beberapa kejadian melibatkan kanak-kanak yang didakwa meninggal dunia akibat strok haba.
Kanak-kanak tersebut ialah Nur imani Ahmad Faris, setahun tujuh bulan dan Muhamad Syamil Aqil, 11, di Kelantan.
Disebabkan itu, ibu bapa perlu peka terhadap perubahan fizikal terutama suhu badan agar dapat mengatasi dan mengelakkan daripada ianya mengancam nyawa.
Sementara itu suhu badan akan naik mendadak sehingga 40 darjah Celcius atau lebih tinggi dipanggil hipertermia.
Bukan sahaja melibatkan golongan kanak-kanak, tetapi turut boleh berlaku ke atas golongan dewasa seperti warga emas yang memiliki penyakit kronik termasuk sakit jantung, masalah paru-paru, buah pinggang dan perlu mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan.
Para atlet yang terdedah kepada keadaan panas dan mereka bekerja sebagai nelayan, petani ataupun buruh kasar turut terlibat.
Suhu badan mencecah 40 darjah celcius antara tanda-tanda strok haba.
Tanda-tanda alami strok haba:
Suhu badan mencecah 40 darjah Celcius atau lebih tinggi
Peluh keluar dengan banyak
Muka berubah menjadi kemerahan
Sakit kepala
Mual-mual
Rasa haus yang keterlaluan
Air kencing berwarna keruh
Kejang otot
Degupan jantung lebih pantas
Cara mengelakkan strok haba pada kanak-kanak
Pastikan aliran pengudaraan di kediaman dalam keadaan baik bagi mengelakkan kanak-kanak tersedut karbon dioksida terlalu banyak.
Pemasangan kipas angin
Selaraskan suhu penyaman udara kepada 24 darjah Celcius kerana ia mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak yang berusia dua tahun ke atas
Sebaiknya jangan pakaikan pakaian yang terlalu ketat atau tebal kepada anak-anak
Berikan anak-anak minum air putih dengan kerap biarpun mereka tidak mengadu dahaga
Sumber Agensi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.