Umat Islam perlu sentiasa berwaspada dengan sumber harta serta cara menggunakannya. Hal ini kerana terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan harta menjadi haram tanpa kita sedari.
Dari rupa fizikal, semua wang kelihatan sama. Namun, jika kita tidak berhati-hati, harta yang dimiliki boleh menjadi punca dosa dituai sehingga dilaknat oleh Allah SWT.
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Mustafar Mohd Suki, ada enam perkara yang menyebabkan wang yang diperoleh menjadi haram sebagaimana pernah dibahaskan oleh Imam Syafie, iaitu:
1. Riba
Amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya. Sebagaimana firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 278)
2. Jυdi
Jυdi adalah perkara yang dilarang agama seperti yang disebutkan oleh Allah dalam al-Quran.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbυnuh-bυnuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 29)
3. Penipυan
Memperoleh wang melalui penipuan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal, menipu pelanggan dengan iklan paIsu serta bersυmpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan adalah haram di dalam Islam.
Firman Allah:
“KeceIakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.” (Surah al-Mutaffifiin, ayat 1 hingga 3).
4. KezaIiman
Umat Islam juga sama sekali diharamkan mendapatkan wang atau harta orang lain dengan cara yang batil seperti memeras ugυt, mer0mpak, menipυ dan sebagainya.
5. Rasυah
Rasuah merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini dan berselindung dengan menukarkan istilah rasυah itu dengan kata-kata lain seperti pertolongan, bantuan, hadiah, sedekah dan seumpamanya akan menerima laknat Allah.
Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT melaknat pemberi rasυah dan penerima rasυah.” (Hadis riwayat Ahmad)
6. MonopoIi
Ulama terkemuka, Imam al-Nawawi mendefinisikan monopoli barang (al-ihtikar) sebagai: “Seseorang membeli makanan ketika harganya tinggi untuk dijualbelikan, tetapi dia tidak menjualnya pada waktu itu, malah disorokkannya agar dapat menjualkan barang dengan harga yang lebih tinggi.” (Lihat Syarah Nawawi ‘ala Muslim, 11/43)
Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam seperti gula, beras, minyak dan seumpamanya adalah dilarang dalam Islam kerana menyebabkan kemυdaratan kepada masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Monopoli hanya dilakukan oleh orang yang bersalah.” (Hadis riwayat Muslim).
Allah mengharamkan wang yang diperoleh dari atau digunakan untuk keenam-enam perkara tersebut.
Oleh itu, beliau mengingatkan orang ramai agar lebih peka terhadap bagaimana mereka mengendalikan wang yang dimiliki.
“Kita tengok hari ini orang pergi surau/masjid bawa kereta/motor. Pakai insυrans lagi atau pakai takaful? (Sudah) empat kali Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang. Semua menyatakan insurans konvensional adalah haram. Yang halal adalah takaful.
Kemudian, tengok pula pada pelaburan yang kita dapat. (Ada) pelaburan-pelaburan yang diharamkan. Semua itu ada unsur riba. Apatah lagi, pakai kad kredit., perumahan, pinjaman, semuanya masih konvensional,” katanya.
Tambahnya, terdapat banyak elemen judi yang terselindung dalam kehidupan seharian kita, menyebabkan harta yang dimiliki menjadi haram tanpa kita sedari.
“Jυdi ini bukan di Genting atau Sports Toto saja. Yang depan mata kita boleh jadi judi. Contoh, bilamana dibincangkan oleh Fatwa Wilayah 2019 berkenaan (permainan) mesin claw. Rupanya jυdi tapi anak-anak kita masih main.
Maka, kita takut kerana itu d0sa yang paling besar dalam bab muamalat, iaitu riba yang diharamkan oleh Allah. Belum cerita lagi tentang jυdi dalam pertandingan, jυdi dalam cabutan bertυah, jυdi dalam hadiah dan macam-macam lagi,” ujarnya.
Muamalat adalah bidang luas yang mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan kita. Maka, umat Islam perlu cakna dalam hal ini supaya tidak menuai dosa tanpa disedari, titipnya.
Sumber Bedah Hadis
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.