Petua Demam Urat, Legakan Dengan Minuman Ini Dan Terus HiIang Rasa Sengal Badan

 

Demam urat. Mungkin ramai yang pernah mengalami keadaan ini. Tiba-tiba rasa badan tidak selesa, panas dan sakit sendi. Kadang-kadang ia juga boileh terjadi kalau salah ambil makanan ‘berangin’.

Kebiasaan cara paling mudah nak legakan demam urat ini hanya dengan makan panadol. Nanti hilanglah rasa sakit. Tapi itu hanya sementara saja. Bimbang, ia boleh muncul kembali.

Dikatakan tidak elok untuk badan kita kalau sentiasa ambil ubat. Jadi, kalau ada yang terkena demam urat, ubalah minuman ini. Dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar.

Demam Urat, Legakan Dengan Minuman Teh ini

Apakah demam urat?

Ia biasanya bermula dengan rasa sakit-sakit pada badan, sakit sendi dan sakit kepala yang berterusan. Dimulakan dengan sakit sendi barulah demam untuk sehari atau dua hari.

Simptom bila kena demam urat ini akan buat kita rasa tidak selesa, macam baru berpantang dan tak boleh sejuk. Sementelah rasa sejuk tak seman-mena.

Kalau dapatkan rawatan, doktor hanya boleh berikan ubat panadol atau tahan sakit untuk redakan sakit sendi badan.

Ini ada petua mudah buat teh untuk melegakan. Amalkan sekali atau dua kali seminggu.

Bahan:
Serai
Halia
Daun pandan (bagi wangi)
Madu asli

Caranya:

1. Ketuk serai sebanyak 2 batang.
2. Kemudian, potong halia halus-halus.
3. Ambil dua helai daun pandan.
4. Rebus semuanya dalam periuk. Biarkan ia mendidih dan tutup api.
5. Bila dah sejuk, barulah masukkan madu.
6. Minum dan rasa sedap sebab ada bau wangi dari daun pandan. Kalau nak lebih, boleh tambahkan lagi halia dan serai.

Petua Demam Urat, Legakan Dengan Minuman Ini Terus Hilang Rasa Sengal Badan

Inilah petua paling mudah dibuat. Sebaiknya minum bila dah ada tanda nak demam.

Dengan bahan yang ada ini juga, boleh membantu keluargkan angin dalam badan. Banyak manfaat daripada minuman ini.

Sumber FB Dr Rizal Abu Bakar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post