Setiap ibu bapa pastinya memiliki harapan yang tinggi untuk melihat anaknya membesar menjadi anak yang soleh atau solehah serta cemerlang dalam hidup. Pun begitu, bukan mudah sebenarnya membentuk perilaku si kecil untuk menjadi insan seperti yang diharapkan.
Antara cabaran hebat yang perlu dilalui oleh ibu bapa adalah apabila terpaksa berdepan dengan kerenah anak yang nakal.
Bagaimanapun, memiliki anak yang nakal bukanlah satu bebanan. Meskipun sedikit sulit untuk dibentuk, namun jika kena pada caranya sikap atau tingkah laku mereka ini masih boleh dibentuk. Cara kekerasan mungkin boleh digunakan, namun bukan semua situasi kaedah ini sesuai diaplikasikan.
Dalam mendidik anak-anak, Rasulullah s.a.w., ada bersabda “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronoklah dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tidak mengapa. Jika suka, geleteklah, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Selepas tujuh hingga 14 tahun, kita didik dan ajar mereka. Kalau salah, pukullah dia (sebagai pengajaran).”
“Di mana tempat yang nak dipukul itu? Tapak kakinya… bukan muka, punggung, telinga dan tempat-tempat yang sensitif… itu salah. Jika dia bijak, ucapkan tahniah. Tidak salah jika peluk dan cium mereka sebagai tanda penghargaan.
“Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun, jadikan mereka kawan. Namun, selalunya usia begini, ibu bapa mula merenggangkan hubungan sehingga menyebabkan anak derhaka. Yang penting, anak-anak harus dilatih solat berjemaah, mencium tangan dan memeluk dengan penuh kasih sayang. Insya-Allah, mereka tidak akan tergamak menderhaka.

Dalam usaha membentuk perilaku untuk mengatasi sikap nakal anak, tip di bawah mungkin boleh digunakan.
Beri Teguran Dan Nasihat Yang Baik
Langkah ini perlu dalam usaha melembutkan hati si kecil. Sebaiknya berikanlah teguran dan nasihat terlebih dahulu sebelum menggunakan cara kekerasan sekiranya langkah ini tidak memberi sebarang kesan. Bagaimanapun, jangan keterlaluan sehingga tahap mendera.
Menggantung Rotan Atau Pemukul Di Dinding Rumah
Ini bertujuan mendidik anak-anak supaya mereka takut melakukan perkara- perkara yang dilarang. Malah, Rasulullah s.a.w., bersabda,
“Gantungkanlah cambuk (alat pemukul) di tempat yang dilihat oleh penghuni rumah, kerana itu merupakan pendidikan buat mereka.”
Namun begitu, maksud hadis tersebut bukan bermakna menyuruh ibu bapa memukul anak-anaknya tetapi tujuan sebenarnya adalah untuk memberi peringatan dan didikan secara tidak langsung kepada mereka supaya tidak melakukan perbuatan buruk atau tercela.
Memukul Untuk Mendidik
Sabda Rasulullah s.a.w., yang bermaksud,
“Perintahkanlah anak- anakmu supaya melaksanakan solat (lima waktu) sewaktu mereka berumur tujuh tahun. Pukullah mereka kerana meninggalkan solat (lima waktu) jika mereka telah berumur 10 tahun, serta pisahkanlah tempat tidur mereka.”
Hadis di atas jelas menunjukkan tindakan memukul anak dibolehkan untuk tujuan mendidik anak-anak sekiranya mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat, jika anak tersebut telah mencapai usia yang memungkinkannya untuk menerima pukulan dan mengambil pelajaran daripadanya.
Syaratnya adalah pukulan tersebut tidak terlalu keras dan tidak pada bahagian wajah.
Sumber Wanita
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.