Masihkah anda ingat pada tahun 2020, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan mengerjakan ibadah haji kepada semua umat Islam di seluruh dunia disebabkan ketika itu kita sedang berdepan dengan Covid-19. Kemudian, Arab Saudi hanya membenarkan 1,000 jemaah sahaja untuk mengerjakan haji dengan kawalan SOP yang sangat ketat.
Larangan ibadah haji itu telah membuatkan orang mengaitkannya dengan kiamat dan tanda Dajjal akan keluar. Tetapi sebenarnya, itu bukanlah kali pertama Masjidil Haram ditutup, malah ia bukan kali pertama juga musim haji pernah dibatalkan.
Tahukah anda, dalam sejarah ibadah haji, ia pernah dibatalkan sebanyak lebih 40 kali bermula tahun 856 sehingga 1987 atas pelbagai sebab seperti peperangan, bencana alam, pergolakan politik dan wabak penyakit.
Berikut antara peristiwa yang membuatkan musim haji pernah dibatalkan pemerintah…
1.Wabak Penyakit
Covid-19 bukanlah wabak penyakit pertama yang membuatkan Mekah ditutup kepada jemaah. Pada abad ke-19, sudah beberapa kali ibadah haji dibatalkan angkara wabak penyakit. Wabak taun yang melanda tanah suci pada tahun 1814 telah mengorbankan 8,000 jemaah. Manakala pada tahun 1831, hampir 80 peratus jemaah haji tahun itu terkorban angkara wabak penyakit yang datang dari India.
Peristiwa tersebut dijadikan teladan oleh kerajaan Arab Saudi yang membawa kepada penutupan Masjidil Haram apabila berlaku sebarang penularan wabak penyakit. Pada tahun 1837, penularan wabak taun yang meragut banyak nyawa di seluruh dunia telah membuatkan ibadah haji untuk tiga tahun berikutnya dibatalkan iaitu tahun 1838, 1839 dan 1840.
Ibadah haji juga dibatalkan pada tahun 1850. Begitu juga pada tahun 1865 apabila 1,000 jemaah terkorban dalam masa sehari (pada musim haji 1864) kerana wabak penyakit. Dan pada tahun 1883, Mekah ditutup lagi untuk ibadah haji juga kerana wabak penyakit.
Berlaku perang saudara ketika ini. Ismail bin Yusuf atau dikenali sebagai Al Salak yang merupakan seorang panglima perang telah melakukan serangan dan membunuh jemaah haji di Gunung Arafah pada tahun 865 Masihi kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan Khalifah Abbasiyyah. Tragedi berdarah itu menyebabkan ibadah haji pada tahun itu dibatalkan.
3.Hajarul Aswad dicuri
Hari pertama ibadah haji pada tahun 930 Masihi, puak Qarmatiyyah (Daulah Qaramithah) yang menentang pemerintahan klhalifah telah menyerang kota Mekah dan mencuri batu Hajarul Aswad. Bukan itu saja, puak ini turut membunuh hampir 30,000 jemaah. Kejadian itu menyebabkan ibadah haji tidak dapat dilaksanakan pada tahun itu.
4.Pergolakan politik
Pertelagahan politik antara dua pemerintah iaitu Abbasiyyah dan Fatimiyyah menyebabkan jemaah haji tidak dapat menunaikan rukun Islam kelima itu selama lapan tahun iaitu bermula dari tahun 983 Masihi. Kota Mekah hanya dibuka semula untuk ibadah haji pada tahun 991 Masihi.
Itu antara sebahagian besar peristiwa yang membuatkan Masjidil Haram ditutup untuk ibadah haji. Nabi Muhammad s.a.w juga melarang umatnya mengunjungi kawasan yang dilanda wabak penyakit untuk mengelakkan kemudaratan.
Dalam sebuah hadis menceritakan tentang Khalifah Umar-al-Khattab yang ingin pergi ke Syam tetapi mendapat berita tentang wabak taun yang sedang merebak di situ.
Menurut Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab Fath al-Bari, orang Islam dilarang mendedahkan diri ke dalam kemudaratan dan kebinasaan. Seperti firman Allah S.W.T yang berbunyi, “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dalam bahaya kebinasaan.” (Al-Baqarah:195)
Sumber Pedoman Iktibar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Nasihat Media tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.