Kem4tian Akibat Kebakaran, Jen4zah Perlu Dimandikan Atau Cukup Hanya Dengan Tayamum – Ini Penjelasan Mengenainya

 

Kem4tian adalah sesuatu yang pasti. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan saat itu.

Ini dinyatakan dalam nas dan telah difahami oleh semua manusia. Firman Allah SWT, maksudnya:

“Setiap jiwa pasti merasai kematian dan kepada Kami pasti kami dikembalikan.” (Surah al-Ankabut: 57).

Kem4tian itu datang secara tiba-tiba tanpa boleh disangka. Cara kematian juga tidak siapa yang tahu. Ia adalah rahsia Allah. Apabila tiba masa maka tidak akan terlambat atau tercepat walaupun sesaat.

Secara umumnya, dalam pengurusan jen4zah, perlu kita ketahui bahawa ada empat perkara penting perlu dilaksanakan iaitu mandi, mengkafankan, solat dan mengebumikan jenazah manakala hukum menguruskan jen4zah ialah fardu kifayah.

Pengurusan jen4zah dijalankan seperti yang lazim dilakukan bagi kematian biasa. Bagaimanapun bagi kes-kes kematian melibatkan mangsa kebakaran mungkin berbeza cara pengurusan jenazahnya.

KAEDAH MEMANDIKAN MAY4T MANGSA KEBAKARAN.

Berikut info yang perlu anda tahu mengenai pengurusan mangsa kebakaran:

1-Hukum asal atau hak bagi jen4zah adalah wajib dimandikan, sama ada mayat terbakar ataupun tidak. Sekiranya terdapat keuzuran seperti tahap kebakaran yang amat parah iaitu tahap ketiga (deep burn), tidak diperlukan air kerana dikhuatiri kulit yang melepuh akan tertanggal dan menyukarkan lagi keadaan.

2-Dalam keadaan ini ia boleh digantikan dengan tayamum. Ini adalah pandangan dalam mazhab Syafie. Dalil bagi para fuqaha adalah qias kepada keadaan orang yang hidup.

3-Sekiranya seseorang yang sihat berubah daripada wuduk dengan air kepada tayamum disebabkan keuzuran tertentu, maka dibolehkan ditayamumkan jenazah kerana keuzuran pada jenazah itu sendiri.

4-Imam Al-Nawawi rahimahullah apabila menjelaskan hal ini berkata: “Apabila terdapatnya keuzuran untuk memandikan may4t disebabkan ketiadaan air, atau jenazah terbakar, yang mana apabila ia dimandikan akan menyebabkan daging terpisah maka ia tidak dimandikan bahkan ditayamum.”

5-Tayamum ini wajib kerana ia adalah proses penyucian yang tidak berkaitan dengan menghilangkan najis. Wajib untuk beralih kepada tayamum ketika tidak mampu menggunakan air sama seperti mandi junub.

6-Dalam Raudhah al-Talibin, Imam al-Nawawi juga mengulas hal yang sama. Menurutnya, “Jikalau seseorang Islam terbakar sekira-kira jika dia dimandikan dia akan hancur lumat, dia tidaklah dimandikan, bahkan cukuplah ditayamumkan.”

7-Begitu juga Syeikh Nawawi al-Bantani rahimahullah menyebutkan: “Dan mayat yang tidak dapat dimandikannya kerana ketiadaan air atau seumpamanya, seperti jenazah yang terbakar jika dimandikan akan hancur, maka ia ditayamumkan.”

Justeru, kesimpulannya pengurusan jen4zah mangsa kebakaran bergantung kepada keadaan jen4zah itu sendiri.

Jika keadaan jen4zah tidak terlalu terjejas, elok disempurnakan dengan cara dimandikan seperti biasa. Bagi jenazah yang keadaannya tidak sempurna, cukup hanya ditayamumkan.

Sumber Mufti Wilayah Persekutuan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post