Istimewanya Urutan Bayi. Perbaiki Perkembangan Fizikal Dan Psikososial Bayi

 

Setiap kali jantung ibu berdegup, memberi ketenangan kepada bayi untuk membesar dengan sempurna. Kelahiran memberi beribu makna kepada kehidupan seorang bayi yang akan membesar menjadi insan berkualiti mengikut acuan yang diterapkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Bayi juga harus menyesuaikan diri dengan pelbagai cara ketika di dalam kandungan dan setelah lahir ke dunia. Sentuhan kasih daripada ibu bapa merupakan cara yang baik untuk membantu bayi menyesuaikan diri ke dunia di luar rahim ibu.

Sejak 20 tahun yang lalu, terdapat peningkatan dramatik dalam jumlah penyelidikan di mana kebaikan sentuhan kasih di peringkat baru lahir hingga umur satu tahun telah terbukti amat berkesan. Mengurut bayi didapati merupakan faktor penting dalam menguatkan talian kasih di antara bayi dan ibu bapa.

Para penyelidik di Duke University (Schanberg, 1987) telah mengenal pasti ‘hormon tumbesaran’ dihasilkan apabila tikus di makmal diberi sentuhan seakan urutan bayi. Mengikut Dr. Frederick Leboyer, seorang doktor pakar kanak-kanak, beliau mengatakan bahawa sentuhan kasih dan mengurut bayi adalah sama penting dengan memberi bayi nutrisi yang cukup.

Menurut kajian Dr. Tiffany Fields dari Institusi Touch Research di Miami, Florida, USA, mengurut bayi boleh membantu tumbesaran bayi termasuk juga yang dilahirkan tidak cukup bulan dan juga bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemah disebabkan ibu yang mengambil kokain.

Kepentingan Urutan Bayi Untuk Bayi Dan Ibu Bapa

Urutan bayi telah terbukti mampu menyempurna dan memperbaiki perkembangan fizikal dan psikososial bayi. Faedah fizikal termasuklah kelegaan daripada simptom kembung perut, ketidakselesaan gusi dengan pertumbuhan gigi, sembelit dan masalah tidak dapat tidur pada masa tertentu.

Urutan bayi juga membantu bayi menambah berat badan secara normal dan melalui proses tumbesaran secara optimum.

Ketenangan yang terhasil daripada urutan bayi memberi peluang untuk bayi mengatasi ketegangan yang terhasil apabila mengalami setiap situasi baru seperti mengawal suhu badan sendiri, menghisap susu, mengenali objek-objek di sekitarnya, disalin lampin dan sebagainya.

Ibu bapa yang mempraktikkan teknik urutan bayi yang sempurna mendapati bahawa mereka lebih peka dengan keperluan dan isyarat bayi dan memahami bayi dengan lebih senang.

Tambahan pula mereka mengatakan bahawa keyakinan dan kecekapan mengendali bayi bertambah apabila mereka mempraktis mengurut bayi sekali sehari. Ini penting terutama sekali kepada ibu bapa yang bekerja dan terpaksa meninggalkan bayi pada masa kerja.

Bagi para bapa, Scholz dan Samuels (1992) mendapati bahawa mereka yang mengurut bayi yang berumur satu bulan untuk jangka masa lapan minggu menunjukkan lebih banyak interaksi dan rasa kasih sayang kepada bayi berbanding bapa yang tidak mengurut bayi.

Bayi pula lebih banyak melihat, bercakap, senyum, mahu didakap oleh bapa yang mengurut bayi berbanding dengan yang tidak.

Sumber Anak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post