Jika di dalam Islam, Rasulullah selalu berpesan ketawalah sedikit dan banyakkan menangis. Hal itu di sebut di dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik katanya,
“Rasulullah memberikan khutbah Jumaat, Baginda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Rasulullah berkata, “Jika kamu tahu apa yang aku tahu pastinya kamu akan kurang ketawa dan banyak menangis.” Apabila mendengarkan itu para sahabat menutup muka lalu menangis.”
Air mata adalah salah satu dari anugerah yang paling besar dari Allah kepada makhluk ciptaan Nya. Membicarakan air mata dari sudut sains menurut Pakar Bedah Mata, Pusat Pakar Mata Bangi, Dr. M. Johari Mohamad menjelaskan, mata walaupun organ yang kecil tetapi besar manfaatnya. Ia perlu dijaga dengan sempurna walaupun sebenarnya mata mampu menjaganya sendiri dengan bantuan air mata.
Katanya, ramai yang mengambil sikap sambil lewa apabila berkait dengan mata dan organ yang paling akhir sekali diambil berat. Tanpa air mata berbagai-bagai-bagai masalah akan muncul yang menyebabkan kes4kitan dan kurang seIesa.
Sebenarnya yang menjaga mata supaya boleh berfungsi dengan baik, cantik, dihalang daripada jangkitan kuman, masuk habuk dan silau cahaya adalah air mata. Nampak remeh tetapi besar nilainya. Ramai yang anggap menangis dan air mata itu adalah semula jadi.
Jelasnya, air mata boleh dibahagikan kepada tiga lapisan iaitu lipid, aqueous dan mucous. Air mata dikeluarkan oleh kelenjar air mata yang terletak di atas mata. Ketiga-tiga lapisan itu mempunyai fungsi yang berbeza.
Lapisan lipid mengandungi minyak dikeluarkan oleh kelenjar meibomian. Ia terletak pada bahagian yang paling hadapan sekali. Fungsinya adalah untuk membuang segala kotoran, membersihkan mata dan melambatkan proses mata cepat kering. Ia juga untuk melindungi lapisan aqueous, menyediakan sempadan hydrophopic yang menyelubungi air mata dan menghaIangnya kering.
Manakala lapisan aqueous pula terletak di bahagian tengah. Lapisan ini paling tebal sekali yang akan berfungsi untuk membuatkan kornea menjadi basah dan membekalkan anti bakteria untuk bersama dengan sistem imun bagi melawan bakteria daripada masuk ke dalam mata. Ia juga untuk mengekalkan mata agar sentiasa lembap dan ia adalah pemangkin kepada kelembapan mata.
Lapisan aqueous ini mengandungi air dan beberapa bahan penting yang lain seperti protein, lipocalin, lactoferrin, lysozyme dan lacritin. Ia di keluarkan oleh kelenjar lacrimal. Tugasnya untuk membekalkan nutrien dan enzim kepada kornea. Jika tidak ada aqueous ini maka mata akan cepat kering, bahagian mata yang jernih tidak akan jernih lagi dan mudah diserang bakteria.
Lapisan yang ketiga adalah lapisan Mucous, terletak di belakang sekali adalah sokongan terakhir untuk kestabilan air mata. Fungsinya untuk melindungi kornea, membekalkan lapisan hydrophilic dan menjaga kestabilan air mata.
Ketiga-tiga lapisan ini penting supaya mata tidak cepat kering, tidak mudah dapat jangkitan, jika masuk habuk cepat keluar, mencegah daripada cepat silau dan mendapat radang mata.
Kesimpulannya ketiga-tiga lapisan ini penting. Jika berlaku salah satu kepincangan pada ketiga-tiga lapisan itu, ia akan mengganggu kestabilan aqueous. Apabila aqueous ini tidak stabil, akan berlaku jangkitan, cepat kering dan mudah radang.
Air mata sangat penting untuk penjagaan mata. Mata adalah organ kecil tetapi ia sangat penting. Di situlah letaknya kebesaran Allah yang selama ini orang hanya pandang mudah. Jika air mata tidak stabil, kebanyakannya orang akan rasa tidak selesa. Organ kecil tersebut amat sensitif dan perlukan penjagaan yang paling rapi.
Beza air mata sedih, gembira dan takut
Mengenai kaitan air mata dan stres pula, Pakar Bedah Mata, Pusat Pakar Mata Bangi, Dr. M. Johari Mohamad menjelaskan, menangis ada kaitan dengan ekspresi dan ia juga ada kaitan dengan otak. Apabila manusia di dalam keadaan penuh emosi atau ekspresi sedih hingga mengeluarkan air mata, maka otak akan tenang.
Sebabnya, perasaan tertekan dan stres itu semua ada hubung kait dengan otak kerana di sanalah semua itu dikawal. Apa saja yang berkaitan dengan manusia, adalah di bawah kawalan otak. Menangis memang boleh melegakan perasaan dan tekanan em0si kerana ia ada hubung kait dengan otak.
Jika ada yang mengatakan bahawa air mata gembira, sedih dan takut mempunyai kandungan kimia yang berbeza, itu adalah tidak benar. Semua kandungan enzimnya adalah sama saja. Tidak ada kajian yang betul yang dilakukan untuk mengkaji kandungan kimia di dalam air mata tersebut. Ia semuanya sekadar anggapan saja. Soalnya bagaimana untuk mengukur air mata orang gembira dan orang sedih?
Air mata pula boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu air mata semula jadi, refleks dan menangis atau air mata psikik. Mata setiap mamalia yang sihat di muka bumi ini mempunyai kornea yang sentiasa basah dan lembap kerana ada air mata semula jadi. Fungsinya sebagai pelincir dan membantu mata membersihkan habuk. Air mata itu mengandungi air, mucin, lipids, lysozyme, lactoferrin, lipocalin, lacritin, immunoglobulins, glukos, urea, sodium dan potassium.
Air mata refleks, adalah air mata yang keluar disebabkan oleh gangguan benda asing yang masuk ke dalam mata. Ia juga boleh berlaku apabila mem0tong bawang, terkena gas pemedih mata dan semburan lada ke dalam mata.
Air mata refleks juga boleh mengalir apabila mata terkena cahaya yang silau, begitu juga apabila makan makanan pedas. Selain itu air mata ini juga ada kaitan dengan muntah, menguap dan batuk.
Jenis air mata yang terakhir adalah air mata psikik atau air mata emosi. Air mata inilah yang dikatakan menangis yang dikaitkan dengan emosi, stres, marah, menderita, bersedih dan kes4kitan fizikal.
Menurut kajian, air mata emosi mempunyai kandungan kimia yang berbeza dengan air mata semula jadi dan refleks. Air mata emosi mengandungi lebih banyak protein, hormon prolactin, adrenocorticotropic dan leucineenkephalin (ubat tahan sakit semula jadi).
Sememang setiap ciptaan Allah itu walau adakala hanya dilihat kecil peranannya pada kita namun percayalah hakikat yang sebenar ia mempunya fungsi yang sangat besar. Hanya kita sahajalah yang sedar atau tidak. Walau apa sekalipun bersyukurlah dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan kerana itulah tanda kita menghargai setiap nikmat dari Allah.
Wallahu a’lam
Sumber Sains & Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.