Ibu adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan mengandung selama sembilan bulan sembilan hari, kepayahan melahirkan, menyusukan sehinggalah membesarkan anak-anak.
Jasa sang ayah juga tidak terhitung. Gigihnya bersengkang mata, membanting tulang mencari rezeki bertahun-tahun demi menghidupkan keluarga memang bukan alang kepalang.
Anak yang cukup didikan dan bertanggungjawab, akan terpanggil untuk membalas keringat orang tua mereka. Beruntunglah kepada anak yang orang tuanya masih hidup, kerana tiap waktu dapat menghulur bakti, mendengar suara, tawa dan pesan nasihat ayah bonda.
Andainya ayah ibu sudah dijemput ke negeri abadi, si anak sebenarnya masih berpeluang menabur doa dan jasa bakti.
Jika kita hanya fikirkan ingin membalas jasa mereka di dunia sahaja, itu bukanlah erti sebenar membalas jasa dan peng0rbanan, namun hakikat sebenar adalah apa yang kita mampu berikan ketika mereka sudah dijemput ilahi.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda ”Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Hakikatnya apakah hadiah dan bantuan terbaik dapat diberikan kedua ibu bapa sebagai tanda kasih terutama selepas mereka meninggal?
Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkongsi lima cara yang boleh dilakukan si anak agar pahala terus mengalir kepada ayah bonda.
“Masyarakat hari ini apabila ibu atau ayahnya meninggal, ada yang hanya menggantung gambar mereka di dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet, ada yang suka simpan barang yang ditinggaIkan oleh ibu bapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.
“Ada juga yang sering pergi ke kubvr hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput, ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arw4h dan lain-lain.
“Sebenarnya bukan itu yang arwah ibu bapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh, ada yang lebih utama dari itu.
“Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibu bapa kita. Di sana mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari kita anak-anak mereka”, katanya.
Ustaz Dusuki menjelaskan yang mereka perlukan adalah:
1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.
2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.
3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.
4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibu bapa.
5. Sedekahkan al-Fatihah setiap hari untuk arw4h ibu bapa.
Setelah m4tinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi. HiIang sudah senda gurau, gelak tawa, perhiasan indah atau harta dunia.
Yang bernilai di alam sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim buat mereka. Sesungguhnya peranan anak soleh amat penting sebagai saham agar pahala terus mengalir kepada ibu bapa.
Sebagai anak, segala apa yang dihajati mereka, tunaikanlah semampunya demi membalas pengorbanan yang bukan sahaja di dunia, malah ketika mereka telah meninggal dunia.
Dalam al-Quran, Allah mendidik orang beriman supaya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sejuk mata memandang. Firman Allah SWT “(Dan sifat hamba Allah itu) mereka (sentiasa) berdoa: “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami isteri-isteri dan zuriat yang sejuk mata memandang.” (Surah al-Furqan, ayat 74)
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.