Bagi masyarakat Islam di Malaysia, ada beberapa perkara yang dikira adat ketika melawat tanah perkµburan. Jika tidak dilaksanakan, rasanya tidak lengkap ziarah yang dilakukan itu. Contohnya, perbuatan menjirus air mawar atas kµbur.
Dalam Islam, kita digalakkan menziarahi pµsara mereka yang telah tiada sebagai peringatan betapa singkatnya hidup kita di dunia. Tiada yang lebih berkuasa daripada Allah al-Baqi.
Setiap yang bernyawa pasti akan kembali ke sisi Pencipta-nya suatu hari nanti.
Perihal menjirus air mawar atas kµbur, hakikatnya ramai yang mengamalkan hanya kerana mereka diajar untuk melakukan sedemikian tanpa mengetahui sebab dan hukµm di sebaliknya.
Penjelasan yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri adalah sememangnya yang wajib itu adalah jenazah dikebumikan tanpa menjirus sebarang air.
Namun ramai ulama Syafie berpendapat hukµmnya harus bagi menjiruskan air ke atas kµbur.
Bahkan ada pendapat menyatakan sunat berdasarkan riwayat yang menunjukkan Rasulullah SAW menyiram air ke atas kµbur anakandanya Ibrahim.
Begitupun, penggunaan air mawar dianggap sebagai makruh atas sebab suatu pembaziran dan mensia-siakan harta.
Hujah ini diteruskan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang menerangkan bahawa hukµm jirus air atas kubur adalah harus bagi kebanyakan ulama asalkan ia dilakukan dengan tujuan berikut:
1. Supaya tanahnya kemas bagi kubur baru (jen4zah baru ditanam).
2. Menghidupkan pokok-pokok dan bunga yang hidup di atas kµbur tersebut.
3. Supaya tanah tidak berdebu.
Sebaliknya, jika ada individu yang percaya bahawa jirusan yang dilakukan dapat menyejukkan jen4zah atau sebagainya, itu dikira perbuatan khurafat.
Pesan Azhar, perkara ini penting untuk kita ambil tahu.
“Ramai orang jirus kubur tetapi dia tidak tahu sebab mengapa jirus (itu dilakukan). (Dia) jirus hanya kerana mak suruh,” katanya.
Sungguhpun kita dibolehkan menjirus air ke atas kµbur, namun sebaik-baik amalan ketika menziarahi pµsara adalah dengan mendoakan si m4ti.
Jelas beliau, sebaik tiba di kµbur, ucapkan salam kepada si mati dahulu. Kemudian, bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kita sebelum doa minta kebaikan buat arw4h.
Semoga perkongsian menjadi peringatan setiap kali kita pergi menziarahi pµsara insan tercinta dan sentiasalah mendoakan supaya si m4ti dijauhkan daripada azab kµbur.
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.