Dilema TinggaI Dengan Mertua & lpar, Ini Pandangan Agama Islam Yang Perlu Kita Ketahui

 

“Kalau kau dah kahwin nanti, jangan duduk dengan mak mertua. Adik ipar ke abang ipar pun jangan. Takut nanti tak ‘sebulu’ pula dengan mereka. Lagi baik kalau sewa rumah di luar.”

Demikian antara frasa yang diungkapkan apabila seseorang itu ingin berkahwin. Sedikit sebanyak ayat berkenaan berbekas dalam hati bakal isteri atau suami.

Apa tidaknya, semua orang mengimpikan sesuatu yang indah selepas berkahwin. Namun, jika sudah begitu nasihat diberikan, ditambah pula cerita-cerita tidak enak tentang mertua dengan menantu berg4duh di media sosiaI.

Ia membuatkan ramai pasangan suami isteri lebih selesa duduk di rumah sendiri dan berdikari. Sesekali, mereka akan pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan keluarga.

Namun begitu, tidak semua pasangan baru berkahwin mampu duduk di rumah sendiri. Ada juga yang masih menetap di rumah keluarga walaupun sudah beranak-pinak disebabkan kekangan tertentu.

Barangkali suami atau isteri itu merupakan anak tunggal. Mungkin sahaja ibu bapanya telah uzur dan pasangan berkenaan mahu menjaga orang tua mereka dan sebagainya.

Seandainya isteri tidak betah dan selesa duduk sebumbung bersama mertua, bagaimana pula? Acap kali juga kedengaran kes isteri dilema apabila duduk bersama serumah dengan mertua sekali. Apakah pandangan Islam tentang hal ini?

Ujar pendakwah Ustaz Elyas Ismail, menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal untuk isterinya mengikut kemampuannya.

“Isteri selesa dan bebas untuk dia berbuat apa sahaja di rumah mereka. Barangkali isteri ingin duduk atau baring depan televisyen, mereka bebas berbuat demikian di dalam rumah sendiri.

“Jika suami mengajak isteri duduk sekali dengan keluarganya iaitu ibu bapa dan adik-beradiknya, bagaimana kebebasan mereka? Aurat mereka kena dipelihara. Mereka kena pakai tudung apabila di luar (bilik), hendak baring sesekali di sofa pun rasa serba tak kena.

“Apabila isteri mengajak suami pindah, maka suami kena cari ikhtiar. jangan sampai isteri itu tertekan. Suami sepatutnya kena sediakan tempat tinggaI untuk isteri,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan dalam instagram miliknya baru-baru ini.

Ustaz Elyas berkata, ia tiada masalah kerana anak tadi bebas untuk ‘mencorakkan’ rumah tangga mereka sendiri sekalipun duduk bersama ibu bapa suami atau isteri.

“Namun, kalau misalnya, isteri tak masak dan beli makanan di luar dan kemudian mak mertua menegur atau perli, isteri jadi tak selesa. Kan tidak seronok begitu.

“Maka, sebab itulah apabila sudah berumah tangga, carilah rumah sendiri. tidak mengapa walaupun rumah itu kecil.

“Kadangkala (masalah) persefahaman itu boleh membawa kepada pergaduhan. Ada pula yang bermasam muka antara mertua vs menantu,” jelasnya.

Tinggal bersama mertua atau berasingan di laman web rasmi pejabat mufti wilayah persekutuan, apabila pasangan sudah berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk hidup bersama selain daripada ibu bapa dan keluarga, itu adalah yang terbaik.

“Ia sebenarnya menjaga hak privasi berpasangan dan membina kehidupan dengan lebih selesa.

“Apa yang dimaksudkan kemampuan di situ adalah mampu menyediakan tempat tinggal khusus untuk isteri,” memetik artikel berkenaan.

Ia sebagaimana firman Allah SWT: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).” (Surah al-Talaq, ayat 6)

Dalam hal ini, suami sewajarnya memahami hak isteri untuk ditempatkan di tempat yang munasabah dengan statusnya sebagai isteri.

Dengan cara itu, maka mudahlah mereka dapat menjalankan peranan masing-masing dengan lebih baik dan jelas. Natijahnya, bahtera rumah tangga yang dibina lebih bahagia.

Pepatah Melayu ada menyebut, ‘Biar banyak rumah daripada banyak orang dalam rumah’. Masakan tidak, apabila ramainya anggota dalam sesebuah rumah itu, maka ada banyak ragam dan kerenah berbeza yang boleh membawa kepada pertelingkahan andai tidak ditangani sebaiknya.

Lebih-lebih lagi jika ibu atau bapa berkenaan sudah ada anak yang menjaganya. Maka, tidak menjadi masalah untuk anak yang lain keluar dari rumah tersebut.

Cuma, mereka perlulah sentiasa memberi perhatian dan cakna dari segi nafkah atau kasih sayang melalui ziarah dan hadiah serta nafkah.

Malah, cara itu juga akan membuatkan kasih sayang dan perhormatan akan jadi lebih tinggi berbanding tinggal sebumbung.

Justeru, jagalah kerukunan rumah tangga kita dengan sebaiknya. Pada masa sama, kita juga mahu memelihara keharmonian hubungan antara ibu bapa, anak dan menantu.

Sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post