Dikatakan Haiwan Yang Pendend4m. Awas, Jangan Sesekali Maki Hamun ‘Cik Ti’

 

Pernah tak anda dengar pesanan orang-orang dulu, jangan keluarkan kata-kata kesat atau mencaci tikus. Nanti haiwan itu boleh membalas dendam. Benarkah tikus boleh ‘membalas dendam’ kepada rumah kita jika kita marah dan mencacinya? Bukankah haiwan itu tidak mengerti bahasa pertuturan manusia?

Mengikut kajian yang pernah dilakukan sebelum ini, tikus dikatakan tergolong sebagai haiwan yang bersifat pendendam. Ia sensitif dan sukar dikawal sekiranya ia diganggu. Terdapat dua kelompok tikus yang dikenal pasti memiliki sifat pendendam. Tikus itu terdiri daripada kelompok Muridee dan kelompok Suridee.

Tikus kelompok Muridee terbahagi kepada tiga spesies iaitu tikus rumah (Rattus Rattus), Tikus Norway (Rattus Novegicus) dan tikus sawah (Rattus Argentiventer). Manakala tikus kelompok Suridee hanya ada satu spesies saja iaitu Cencurut (Suncus murinus).

Haiwan ini adalah spesies binatang yang cerdik. Mengikut kajian, tikus memiliki daya ingatan yang tinggi. Contohnya, sekiranya kita memukul atau mencederakannya, tikus itu akan ingat siapa pemukulnya lalu bertindak membalas dendam dengan melakukan kerosakan pada rumah dan harta benda orang itu. Malah dendam tikus ini boleh membuatkannya mencederakan sesiapa saja yang dirasakannya mengganggu hidupnya.

Sebenarnya, ramai yang tidak sedar mengenai sifat haiwan perosak ini. Kebanyakan kita mengambil mudah dengan membiarkannya bersarang tanpa mempedulikan bahaya yang dibawanya. Bila populasinya sudah bertambah, mulalah kita pukul dan cederakannya. Paling tidak pun, kita keluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Tinjauan yang pernah dilakukan sebelum ini, ada berlaku tidak lama selepas haiwan itu dipukul atau dimaki hamun, akan berlaku serangan tikus dalam kawasan rumah orang tersebut. Kesan-kesan gigitan dan sebagainya akan menjadi bukti serangan itu. Serangan tikus ini boleh sampai ke tahap mencederakan orang yang didendaminya. Malah ada sesetengah kes, penghuni rumah juga cedera digigit tikus.

Sebab itulah kebayakan masyarakat dunia mempunyai kepercayaan tersendiri mengenai tikus. Kebanyakannya menganjurkan supaya masyarakatnya berbuat baik dengan tikus. Justeru tidak hairanlah kalau ada di kalangan kita memanggil tikus dengan gelaran yang lebih sopan seperti ‘Cik Ti’ dan ‘Mak Men Ti’.

Jauh di sebalik simbolik gelaran baik itu juga tersimpan bencana yang boleh membunuh manusia. Malapetaka itu adalah penyakit kencing tikus. Air kencing tikus mengandungi bakteria merbahaya iaitu Leptospira. Bakteria ini mampu hidup dalam air tawar dan masin. Sifat itu menyukarkan usaha untuk menghapuskannya.

Tikus merupakan sejenis spesies haiwan mamalia yang tergolong dalam keluarga Rodensia. Kumpulan ini terdiri daripada mamalia kecil seperti tupai, arnab, marmut dan mencit. Di antara semua spesies dalam keluarga ini, tikus dikategorikan sebagai haiwan perosak yang berpotensi membunuh manusia.

Tikus suka tinggal di tempat yang kotor seperti di kawasan longkang, tempat longgokan sampah sarap dan semak samun. Bulu haiwan ini boleh berfungsi sebagai sensor sewaktu ia bergerak. Tikus menggunakan bulunya untuk mengukur suhu yang merupakan panduan dalam pergerakannya seharian. Haiwan ini juga cukup peka dengan kegelapan dan mempunyai daya keseimbangan yang baik.

Sifat tikus yang gemar membiak menyukarkan usaha mengawalnya. Seekor tikus dewasa mampu melahirkan anak antara enam hingga sepuluh ekor setiap tiga bulan. Dalam setahun seekor tikus dewasa mempunyai empat pusingan kelahiran. Ini bererti ibu tikus itu mampu menghasilkan anak antara 24 ekor ke 40 ekor setahun. Seekor anak tikus hanya perlukan masa enam bulan untuk matang dan mampu membiak. Jangka hayat tikus adalah antara dua hingga tiga tahun.

Percaya atau tidak, tikus merupakan jiran manusia yang paling hampir di dunia ini. Ini kerana, manusia yang hidup dengan sikap pengotor dan tidak ambil kisah mengenai kebersihan akan menyumbang sampah sarap kepada persekitaran hidupan tikus. Jadi tidak hairanlah kalau tikus senang dilihat di mana-mana pun.

Sumber Infiniti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post