Berjaya Genggam Ijazah Sarjana Pada Usia 43 Tahun, Zed Zaidi Buat Ucapan Khas Untuk Isteri & Anak

 

Nak timba ilmu ni tak pandang dek umur, dalam Islam pun tidak meletakkan had dan menggalakkan kita untuk menuntut ilmu.

Sesuai dijadikan inspirasi buat golongan muda, pelakon dan juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menggenggam ijazah sarjana pada usia 43 tahun.

Zed Zaidi atau nama lengkapnya Rozaidi Abdul Jamil, 43, yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di City University Malaysia, telah memuat naik foto upacara bermakna yang turut dihadiri isteri, Natalia Datuk Mustafa.

“Akhirnya selesai segala cabaran dan ujian untuk menghabiskan pengajian ini.

“Terima kasih kepada isteri, anak, keluarga dan pensyarah yang banyak memberikan kata-kata semangat untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Pendidikan Kepimpinan dan Pengurusan (Masters of Education Leadership and Management).

Genggam Ijazah Sarjana Pada Usia 43 Tahun, Zed Zaidi Buat Ucapan Khas Untuk Isteri & Anak!

“SEMOGA APA YANG SAYA LALUI MENJADI MOTIVASI KEPADA MEREKA YANG INGIN MENYAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sedikit info, beliau sebelum ini memiliki Diploma Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia.

Pada 2016, bapa kepada tiga cahaya mata ini menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan ucapan tahniah atas kejayaan yang dikecapinya. malah, ada juga yang menjadikan kejayaan yang dicapai ini sebagai inspirasi bagi diri mereka.

Genggam Ijazah Sarjana Pada Usia 43 Tahun, Zed Zaidi Buat Ucapan Khas Untuk Isteri & Anak! Genggam Ijazah Sarjana Pada Usia 43 Tahun, Zed Zaidi Buat Ucapan Khas Untuk Isteri & Anak!

Sumber Instagram Zed Zaidi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post