Berikut 10 Wasiat Imam Syafie Yang Dapat Dijadikan Sebagai Pedoman Kepada Muslimin

 

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.

Imam syafie atau nama sebenarnya ialah Muhammd bin Idris bin al-Abbas, bin Usman, bin Syafi’ bin as-Saib bin Ubai merupakan salah seorang daripada empat orang imam yang terkenal dalam bidang masing-masing.

Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat fasih dalam bidang fiqh dan pakar dalam bidang perdebatan.

Selain kitab sebagai panduan, Imam Syafie telah meninggalkan wasiat untuk dijadikan rujukan dan panduan umat Islam pada hari ini.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1. Hak kepada diri

Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maυt

Mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi dan membuat persediaan untuk mengadapi kem4tian dan merasa cinta kepada Allah SWT.

3. Hak kepada kubυr

Membuang tabiat suka menabυr fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Munkar dan Nakir

Tidak berdυsta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amal pada hari kiamat)

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesυsahan.

6. Hak kepada sirat (titian yang merentangi ner4ka pada hari akhirat)

Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik (penjaga ner4ka)

Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridhwan (malaikat penjaga syurga)

Sentiasa reda dengan Qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. Hak kepada Nabi SAW

Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.

10. Hak kepada Allah SWT

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemυngkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sumber Sinar Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post