Benarkah Ratu EIizabeth II Berketurunan Nabi Muhammad? Fahami Dulu Penjelasan Ini

 

Apabila berlakunya suatu peristiwa besar dalam dunia, pasti akan timbul pelbagai teori ulasan menarik yang dicetuskan oleh warganet sehingga menimbulkan perselisihan terutama teori mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth ll.

Khairi Asyraf, penulis di blog patriotasia di laman Facebooknya berkongsi mengenai perkara yang menjadi desas-desus warga alam maya. Ada yang mendakwa Ratu Elizabeth II itu daripada keturunan ke-43 Nabi Muhammad SAW dan segelintir orang pula mengatakan baginda merupakan generasi Firaυn ke-43.

Antara keturunan nabi dan Firaυn, mana satu yang betul?

Bagi memudahkan semua pihak, berikut Sinar Islam Plus menyenaraikan dakwaan yang diutarakan netizen berserta jawapan balas oleh Khairi Asyraf sebagaimana dipetik menerusi penulisan beliau berhubung perkara itu untuk mengelakkan spekulasi salah:

– Dakwaan pertama (Elizabeth II keturunan Nabi Muhammad).

Zaida seorang puteri dari keturunan Nabi Muhammad yang meminta perlindungan kepada Raja Sepanyol dari penguasaan Dinasti Murabbitun telah dimurtadkan dan berkahwin atau dijadikan gυndik raja tersebut. Keturunan Raja Sepanyol ini melahirkan kerabat DiRaja England dan seterusnya sampai kepada Elizabeth II. Sejauh mana kebenarannya?

– Jawapan

Ketika zaman Reconquista (golongan Kristian Eropah menawan semula wilayah semenanjung Iberia dari pemerintah Islam), memang ramai umat Islam dipaksa murtad. Bahkan, tidak mustahil ada keturunan nabi yang ketika itu menjadi para bangsawan di wilayah Andalusia juga turut dipaksa mυrtad.

Sumber Kristian mendakwa, Zaida iaitu puteri Sultan Muhammad III al-Mu’tamid bin Abbad iaitu pemerintah Taifah Sevilla, Andalusia-Sepanyol yang dikatakan berketurunan Nabi Muhammad SAW telah berkahwin atau menjadi gυndik Raja Alfonso VI of Castile.

Zaida telah dipaksa baptis memeluk Kristian Katolik lalu dikatakan memakai nama Isabella. Isabella ialah nama isteri Raja Alfonso yang melahirkan keturunan baginda.

Bagaimanapun, menurut sumber Islam, Zaida bukanlah puteri (daughter) Sultan al-Mu’tamid, tetapi hanyalah menantu baginda (daughter-in-law) sahaja. Jadi, dakwaan bahawa Zaida sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW adalah tidak terbukti.

Seandainya Zaida itu memang masih merupakan keturunan Nabi Muhammad dari jalur lain, namun sejarawan tetap meragui adakah Zaida yang dikatakan menukar nama sebagai Isabella ini adalah identiti yang sama dengan Isabella isteri keempat Raja Alfonso?

Jikapun Isabella, isteri keempat Raja Alfonso itu sememangnya Zaida, tetap keturunan mereka itu tidak dianggap Ahlul Bayt kerana nasab mereka terputυs disebabkan mυrtad.

Bahkan, perkaitan Raja Alfonso di Sepanyol sehingga membawa kepada keturunan Edward IV of England dan seterusnya sampai kepada Ratu Elizabeth II juga berlaku banyak kesamaran.

– Dakwaan kedua (Elizabeth II keturunan Firaυn)

Firaun Cleopatra berkahwin dengan Julius Caesar kemudian Cleopatra dibawa ke Rome. Perkahwinan itu kemudiannya melahirkan keturunan Dinasti Merovingian dan seterusnya melahirkan kekerabatan DiRaja Britain sehingga sampai kepada Ratu Elizabeth II. Benarkah begitu?

– Jawapan

Firaun adalah satu gelaran bagi pemerintah di Mesir Purba. Firaυn ini ada ramai dan melalui banyak dinasti. Firaυn yang dilaknat pada zaman Nabi Musa sepertimana yang disebut dalam al-Quran itu hanyalah salah satu daripada keseluruhan Firaυn-Firaυn dari pelbagai dinasti yang ada ini. Jadi, Firaυn yang mana satukah dikaitkan itu?

Jika menurut dakwaan, Firaun yang dikaitkan dalam isu itu ialah Firaun Cleopatra VII Philopator, Cleopatra sebenarnya bukanlah keturunan Firaυn-Firaυn yang berasal dari Mesir. Sebaliknya, beliau berketurunan Greek yang datang menjajah Mesir, lalu memakai gelaran Firaun. Cleopatra sebenarnya adalah dari Dinasti Ptolemy (zaman Graeco-Roman).

Justeru, tiada bukti yang menunjukkan Cleopatra dan Julius Caesar melahirkan keturunan Dinasti Merovingian. Dinasti Merovingian itu juga tidak dihubungkan kepada Dinasti Windsor iaitu kekerabatan Ratu Elizabeth II. Dinasti Windsor yang dahulunya terkait dengan Dinasti Wettin cabang Saxe-Coburg and Gotha itu berasal dari German.

Kesimpulannya, dakwaan Ratu Elizabeth II adalah keturunan Nabi Muhammad disandarkan kepada sangkaan yang lemah. Dakwaan Elizabeth II adalah keturunan Firaun pula disandarkan kepada sangkaan yang tidak terbukti.

Ya, memang boleh dikatakan tidak mustahil Ratu Elizabeth II berketurunan Nabi Muhammad SAW atau Firaun, tetapi setiap dakwaan yang hendak diiktiraf sebagai fakta perlu disertakan sandaran yang jelas. Jika tidak, ia masih bertaraf teori atau lebih rendah lagi hanya sekadar hipotesis.

Sehingga sekarang, sandaran yang dibawa masih sangat diragui. Akan tetapi, jika memang Ratu Elizabeth II adalah keturunan Firaυn sekalipun, tetaplah dia tidak menanggung laknat dan dosa Firaυn yang disebutkan dalam al-Quran.

Dan jika memang Elizabeth II ada secamca dua darah Nabi Muhammad SAW sekalipun, tetaplah tiada apa kelebihan padanya sekiranya tidak disertakan dengan iman.

Sumber Sinar Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post