Segelintir orang gemar menggunakan ayat ‘Poligami itu sunnah,’ hingga membekaskan kefahaman kepada sebahagian masyarakat bahawa, poligami itu digalakkan dalam Islam, mulia dan menjadi keperluan untuk dilakukan oleh semua lelaki Muslim yang berkemampuan meskipun tiada apa-apa darurat yang mendesaknya
Justeru mari kita kaji tentang maksud ‘sunnah’ agar kita bukan sahaja ‘tahu’ secara tepat tetapi perlu “faham” secara jelas.
Sunnah di sisi Fiqh adalah sesuatu perbuatan yang sekiranya dibuat mendapat pahala, sekiranya ditinggalkan tidak berdosa, atau pendek kata ia digalakkan.
Sunnah di sisi ahli hadis lebih luas maksudnya meliputi kata-kata Nabi, perbuatan Nabi, persetujuan Nabi (Taqrir) dan sifat Nabi daripada sudut fizikal dan akhlak.
Sunnah di sisi para ahli usul pula dihadkan kepada kata-kata Nabi, perbuatan Nabi dan persetujuan Nabi (Taqrir) kerana ia mempunyai kesan hukum.
Kekeliruan ‘sudut pandang’ menyebabkan pencinta-pencinta sunnah yang baik dan beriman berasakan perlunya mereka melaksanakan poligami walhal jumhur ulama berpandangan Islam tidak menggalakkannya, malah mengawalnya dengan ketat dan payah apabila mensyaratkan “adil”.
Ada sesetengah golongan yang berhujah mahu menyebut begini,
“Poligami itu sunnah tetapi hukumnya bukan sunat dan bukan digalakkan.”
Hmm, baik, tapi panjangnya ayat ni! Faktanya, Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun sahaja pada akhir usia Baginda, maka sunnah bermonogami lebih mendominasi daripada berpoligami.
Sudut pandang ini perlu dijelaskan kepada masyarakat bersama kejelasan hukum asal poligami bukannya sunnah.
Sudut pandang sebenar yang perlu difahami ialah poligami cumalah sebagai ‘rukhsah’ dalam masalah-masalah tertentu, bukannya digalakkan. Asal perkahwinan Muslim ialah berkahwin satu seperti kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
Dikuatkan lagi dengan hujah-hujah ulama’ di dalam buku yang terkenal seluruh dunia, Al-Fiqhu al-Islamiyy waadillatuhu bahawa,
“Sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang, pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu)”.
Hukum asal yang lebih tepat bagi poligami menurut jumhur ulama adalah harus, bukannya sunnah. Ia mempunyai dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama bagi meletakkan hukum asal ini.
Wallahu a’lam
Sumber Al-Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.