Anak Jati Sabah, Pecah Malaysia Book of Records Menyelam Pada Kedalaman 164 Meter Di Sipadan

 

Anak jati Semporna, Roihan Ang menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) di atas kejayaannya menjadi penyelam pertama yang berjaya menyelam pada kedalaman 164 meter di Sipadan, Sabah pada 28 Mei lalu.

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Leftenan Komander Feekry Choo Abdullah dan Laskar Kanan Adnan Lemon menyelam sehingga kedalaman 94.1 meter pada 23 April 2003 di perairan Pulau Sembilan, Lumut, Perak.

Berkongsi kegembiraan tersebut, jurulatih penyelam, Rohan berkata, pengiktirafan berkenaan merupakan detik sejarah yang cukup membanggakan buat dirinya sebagai anak tempatan kerana dapat membuat selaman di kampung halamannya sendiri.

1 (1)

Roihan (tengah) menerima sijil MBR daripada Penolong Pengurus Pemasaran MBR, Jeska Seah (kanan) sambil diiringi oleh Ag Ahmad Zaki (kiri).

Katanya, dia mula membuat persediaan sejak dua tahun lepas dan turut berlatih secara intensif bersama pemegang Guiness World Record, penyelam 332 meter, Ahmed Gabr sejak setahun yang lalu dengan menggunakan kaedah diving open circuit trimix dive.

Pemuda berusia 31 tahun ini mengambil masa selama tiga jam dan 30 minit di dalam air, dibantu oleh 18 kru dan menggunakan lapan tangki campuran penyelam yang berbeza untuk merealisasikan rekod berkenaan.

Roihan berharap pengiktirafan yang diterimanya dapat membuka ruang dan peluang menjadikan Semporna sebagai hub selaman teknikal selain selaman rekreasi dan makro.

4

Roihan menggunakan lapan tangki campuran penyelam yang berbeza untuk merealisasikan rekod berkenaan.

Pada masa sama, dia turut menzahirkan penghargaan kepada Taman Taman Sabah dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan program berkenaan.

Dalam pada itu, Pengurus Program, Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, Malaysia terutamanya Sipadan mempunyai persekitaran yang amat sesuai bagi aktiviti deep dive.

Bagaimanapun menurutnya, negara masih mempunyai kekurangan dalam aspek pengetahuan dan teknik deep dive dan berharap program berkenaan dapat menjadi perintis untuk melahirkan lebih ramai pelapis untuk meneruskan usaha tersebut.

Tambah Ahmad Zaki, pasukan berkenaan akan meneruskan latihan memecah rekod 164 meter kepada 200 meter pada Januari depan dan dia turut mempelawa kepada mana-mana pihak yang berminat untuk turut serta sebagai penaja. 

Sumber Majoriti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post