Adakah Jenázah Boleh Mendengar Walau Sudah MeninggaI Dunia, Berikut Penjelasan Mengenainya

 

Jenaz4h boleh dengar walau sudah meninggaI?

Keadaan manusia di atas muka bumi ini tidak ubah seperti seorang pengembara. Apabila tiba masanya, kita semua akan meninggaIkan dunia untuk menemui Allah SWT dan diberikan balasan setimpaI amalan yang pernah dikerjakan.

Oleh sebab itu, Rasulullah SAW mengajarkan umatnya agar menziarahi pµsara orang yang telah menghadap Ilahi supaya kita sentiasa beringat terhadap hari kebangkitan yang dijanjikan akan tiba.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Dahulu aku menghalang kamu daripada menziarahi kµbur, maka (sekarang) ziarahilah kµbur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Apabila menziarahi atau melewati kawasan perkuburan, kita sebenarnya disunatkan untuk memberi salam dan menitipkan doa buat jasad yang menghuni pusara berkenaan.

Cara beri salam kepada ahli kµbur

Perkara ini dijelaskan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi sebuah hantaran di laman sosiaI Facebook.

Katanya lagi, salam itu sebaik-baik diucapkan sebanyak dua kali. Salam yang pertama adalah buat sekalian penghuni kµbur ketika mula-mula tiba di kawasan perkuburan, manakala salam kedua diberikan semasa sampai di pusara yang hendak diziarahi.

Sekurang-kurang lafaz salam kepada ahli kµbur ialah seperti salam yang biasa diucapkan kepada sesama orang hidup, iaitu:

ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ

Pun begitu, Ustaz Azhar berkata, ucapan salam yang lebih afdal adalah seperti yang pernah diajarkan Rasulullah SAW, iaitu

ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺩَﺍﺭَ ﻗَﻮْﻡٍ ﻣُﺆْﻣِﻨِﻴْﻦَ ، ﻭَﺃَﺗَﺎﻛُﻢْ ﻣَﺎ ﺗُﻮْﻋَﺪُﻭْﻥَ ، ﻏَﺪًﺍ ﻣُﺆَﺟَّﻠُﻮْﻥَ ، ﻭَﺇِﻧَّﺎ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺑِﻜُﻢْ ﻻَﺣِﻘُﻮْﻥَ

Ertinya: “Selamat sejahtera ke atas kamu semua penduduk negeri orang beriman. Dan telah datang akan kamu apa yang telah dijanjikan akan kamu. Dan hari esok akan tertunai. Dan kami semua insya-ALLAH akan bertemu dengan kamu sekalian.”

ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠﻰَ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟﺪِّﻳَﺎﺭِ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴْﻦَ ﻭَﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴْﻦَ، ﻭَﻳَﺮْﺣَﻢُ ﺍﻟﻠﻪُ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘْﺪِﻣِﻴْﻦَ ﻣِﻨْﻜُﻢْ ﻭَﻣِﻨَّﺎ ﻭَﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﺄْﺧِﺮِﻳْﻦَ، ﻭَﺇِﻧﺎَّ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺑِﻜُﻢْ ﻻَﺣِﻘُﻮْﻥَ .

Ertinya: “Selamat sejahtera atas penghuni kubur dari mukminin dan muslimin. Semoga Allah merahmati yang terdahulu dari kamu semua dan dari kami yang terkemudian. Dan kami insya-Allah akan bersama kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua-dua lafaz salam berikut diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, jelas agamawan itu.

Sebut perkataan-perkataan baik di perkµburan

Hakikatnya, orang yang telah meninggal dunia boleh mendengar apa yang diperkatakan kepada mereka. Bagaimanapun, cara jenazah mendengar bukanlah melalui pancaindera tubuh badan seperti kita yang masih hidup.

Diceritakan dalam sebuah hadis bahawa setelah selesai tiga hari peperangan di Badar, Rasulullah SAW pergi ke tempat-tempat di mana tentera kafir Quraisy telah terbµnuh.

Kata baginda: “Wahai Abu Jahal bin Hisham. Wahai Umayyah bin Khalaf. Wahai ‘Utbah bin Rabi’ah. Wahai Syaibah bin Rabi’ah. Adakah kamu semua dapati apa yang dijanjikan oleh berhala-berhala yang kamu sembah itu benar? Maka sesungguhnya aku dapati apa yang Allah janjikan kepada aku itu benar.”

“Apabila Saidina Umar mendengar kata-kata baginda, beliau berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana mereka boleh mendengar dan menjawab pertanyaan kamu itu? Sesungguhnya mayat-mayat mereka sedang mereput.”

Jawab Nabi Muhammad SAW: “Demi Allah yang jiwaku dalam kuasa-NYA. Pendengaranmu tidak setajam pendengaran mereka. Hanya saja mereka tidak dapat menjawab.” (Hadis Riwayat Muslim)

Demikian Rasulullah SAW menjelaskan bahawa jen4zah mampu mendengar, tetapi tidak berupaya menjawab.

Oleh itu, kita disarankan agar memberi salam, berdoa dan hanya menyebut perkataan yang baik-baik apabila berada di pusara atau melalui kawasan perkµburan.

Moga-moga kita turut tergolong dalam kalangan orang yang didoakan oleh mereka yang masih hidup apabila kita sudah meninggaI dunia kelak.

Sumber FB Ustaz Azhar Idrus

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post