Wanita Ini Kongsi 8 Rahsia Pesanan Mak Supaya Rumah Sentiasa Kemas & Bersih

 

Jika kita perasan mak-mak kita dahulu akan pastikan rumah sentiasa bersih, walhal banyak je kerja yang perlu dibuat. Nak uruskan anak-anak lagi. Anak-anak pula bukan macam zaman la ni 2, 3 orang. Dulu-dulu adik beradik ramai 7, 8 orang ada sampai berbelas orang. Tambahan lagi mak-mak yang bekerja ataupun bekerjaya.

Ada juga kenalan mahupun saudara yang rumah mereka sentiasa kemas dan bersih walhal mereka pun ada anak dan bekerja. Dok mengema setiap masa dan hari ke?

Sebenarnya jika kita nak rumah sentiasa kemas dan bersih ada part-part atau kerja-kerja rumah yang perlu kita lakukan setiap hari agar kekemasan dan kebersihan sentiasa terjaga.

Ini senarai panduan yang dikongsikan oleh Anis Syuhada daripada ibunya yang dijadikan rutin harian sejak kecik lagi yang wajib dilakukan sehingga kini bagi memastikan keadaan rumah sentiasa kemas dan bersih.

Menjadi rutin Anis dari kecik lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat.

Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar dan dalam rumah, kemas tempat tidur dan pastikan tiap bilik kemas, sidai kain dan siram pokok bunga mak. Sampai ke tua juga la menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:

PERTAMA

Sapu saja sampah walaupun tak nampak kotor. Nanti dalam penyodok kita akan nampak ada atau tidak sampah.

KEDUA

Sambil sapu tu kaih sekali sawang. Jangan menyapu macam orang tak dak mata atau tak dak tulang (menusuk ke sanubari pesan yang ini).

KETIGA

Lapik kaki luar atau dalam kena basuh. Jangan tunggu keras melekat kat lantai. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.

KEEMPAT

Kabinet kasut kena susun, jangan la selipar tinggal sebelah pun simpan, yang putus pun simpan. Sayang kena bertempat. Tapak kasut tu ketuk dulu jangan berselut terus susun.

KELIMA

Tong sampah cuci, yang ada depan rumah kalau tak cuci mengaum baunya. Selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datag kutip sampah.

KEENAM

Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”.

Mak kami sangat utamakan kebersihan, kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau cakap “kejap lagi buat la” maka kita akan murung dengar dia bebel lagi-lagi bila dia cakap ‘takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv”. Elok je dia cakap tapi kita akan rasa berdosa seumur hidup.

KETUJUH

Selepas masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab meminyak. Takde dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin. putih melepak ke hitam melegam ke kelabu asap ke kuning ke kena bersih.

KELAPAN

Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu.

Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan letak kat lantai nanti bulu penyapu melentik bengkok.

Rumah mahal, barang cantik tapi kotor…

Tapi kan betul la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nak bagi tahu ke?”

Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih, barang lama pun tak mengapa. Kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab itu bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.

HARI-HARI KE PERLU BUAT KERJA NI?

Ada juga yang tanya pukul berapa bangun nak buat semua kerja ni? Buat semua ini sambil-sambil bukan hari-hari wajib buat. Kalau dah biasa, jadi habit tak perlu bangun awal pun sebab rumah memng dah kemas.

Contohnya lepas masak cuci singki, tak sampai 10 minit siap, lepas sampah lori collect seminggu sekali cuci tong sampah bukan hari-hari kena bangun awal cuci pun.

Semoga bermanfaat.

Sumber Fb Anis Syuhada

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post