Uncle Cina PiIah Ini Guna RX-Z Berniaga Air Soya, Tawar RM20k Pun Dia Tak Layan

Sejak kebelakangan ini harga jualan Yamaha RX-Z semakin tidak masuk akal sehinggakan anda boleh membeli sebuah kereta baharu.

Bahkan ada yang rela menukarnya dengan lot tanah bagi mendapatkan jentera roda dua yang dikatakan semakin ‘rare’ itu.

Jika ada yang melontarkan komen sarkastik akan dibalas dengan jawapan ‘demo dok kenal bare’.

Tetapi tidak bagi pakcik berbangsa Cina RX-Z yang cukup dikenali di Kuala Pilah ini yang menggunakan motor tersebut untuk berniaga.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @_chekodok itu, pakcik Cina tersebut berniaga air soya dan makanan ringan di pekan Kuala Pilah.

“Orang Pilah ade kenal ke uncle nie, mintak beli moto dia suruh bukak harga RM10k tak juaiiii oooo,” tulisnya.

Di ruangan komen, pemilik akaun TikTok itu berkongsi pakcik itu enggan melepaskan motor tersebut kerana terlalu banyak kenangan walaupun ada tawar RM10,000.

Perkara itu dipersetujui oleh beberapa netizen yang terlebih dahulu cuba meminang motor berkenaan. Menurut mereka pakcik tersebut tidak akan melepaskan motor berkenaan walaupun menawarkan angka tinggi.

“Memang bang motor zaman ayah dia ni sejak ayah dia jual air soya lepas tu dapat kat dia,” kata Azim Sufi.

“Pernah offer, 10k dan sebiji moto EX5 nak bagi dia, dia tak mau cakap sudah lama pakai RXZ ni..banyak ong,” kongsi Intan Sueraya.

Kim Keng turut memberitahu penjual air soya berkenaan pernah menolak tawaran RM20,000.

“Dia cakap ada orang buka 20k sembang jer..pas tu dia cakap, 20k tak besarpun, dia niaga setahunpun, dah berapa duitkan,” katanya.

Jika dilihat pada video itu motosikal itu didatangkan dengan set badan dua warna biru dan merah bersama rim GTO hitam.

Video itu mendapat lebih daripada 85,000 tanda suka yang mana rata-rata penduduk Pilah mengenali pakcik tersebut.

“Lama dia pakai RXZ 5-speed tu jual soya aku sekolah TMS die dh jual soya.”

“Betul sampai sekarang kalau balik kampung lalu pekan Pilah mesti nampak uncle ni meniaga.”

“Dia buat moto jadi hamba dia…bukan kita jadi hamba moto tu.”

“Tak yah jual motorpun dia dah ada 10k, tu yang dia tak heran tu. ahaha.”

“Korang dah pakai RXZ dah gebang, ni uncle siap buat jual keropok je apa ada hal.”

Sumber motoqar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post