‘TunneI of life’, Terowong Rahsia Umat Islam Semasa Per4ng Bosnia, Digali 24 Jam Sehari Dengan Hanya Upah Sekotak Rok0k

 

Jika anda berkunjung ke Bosnia, salah satu destinasi yang wajib dikunjungi apabila menjejakkan kaki ke Sarajevo ialah ‘TunneI of Life’. Ia merupakan sebuah terowong yang menjadi lambang perjuangan rakyat B0snia ketika berlakunya per4ng lebih dua dekad lalu.

Terowong ini begitu sentimental untuk seluruh warga B0snia. Ia merupakan salah satu tinggalan sejarah yang sangat mendalam kepada penduduk Sarajev0.

Ketika meletusnya peper4ngan, puak Serbia telah mengepung Sarajevo dan tidak membenarkan umat Islam Bosnia keluar dari kota ini. Penembak hendap dan tentera Serbia sentiasa berkawal di laluan utama dan lereng-lereng bukit.

Sesiapa sahaja yang cuba melintasi sempadan kota, pasti akan ditemb4k. Bahkan, bantuan perubatan dan bekalan makanan daripada luar juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke bandar ini.

Sepanjang peperangan berlangsung di antara tahun 1992 hingga 1995, satu laluan rahsia yang diberi nama ‘Tunnel of Life’ telah dibina oleh tentera Bosnia untuk menghubungkan bandar Sarajevo yang ditakluki sepenuhnya tentera Serbia, dengan bahagian Lapangan Terbang Sarajevo yang dikawal oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Terowong ini mempunyai laluan dari wilayah Butmir dan Dorbrinja di Sarajevo ke kawasan lapangan terbang. Dua kawasan ini merupakan daerah yang berada di bawah kepungan Serbia.

Pintu masuk di wilayah Dorbrinja merupakan di kaki lima sebuah pangsapuri, manakala pintu masuk di wilayah Butmir pula adalah di garaj rumah milik wanita bernama Sida Kolar.

Tenaga kerjanya terdiri daripada Batalion Polis Bosnia Herzegovina di bawah komander jeneral Rasid Zoriak. Mereka bekerja 24 jam sehari, dan berganti syif selang lapan jam. Upahnya? Hanya sekotak rok0k sehari.

Tenaga kerja itu datang silih berganti untuk menggali tanah di tepi garaj rumah Sida Kolar. Kerja-kerja penggalian itu dilakukan 24 jam. Mereka hanya berhenti jika hujan lebat datang mencurah kerana paras air di dalam lubang itu meningkat.

Tanah itu dikorek dan digali bagi membina satu laluan bawah tanah yang menghubungkan Sarajevo dengan dunia luar. Lebih tepat lagi, ia menghubungkan kawasan Dorbrinja dan Butmir yang merentasi Lapangan Terbang Sarajevo. Hanya itu sahaja pilihan yang mereka ada. Jika tidak, seluruh warga di bandar itu akan terputus bekalan makanan dan ubatan.

Kerana itu Sida Kolar sanggup berkorban dan mengizinkan kawasan rumahnya digali. Sebagai seorang warga Bosnia, mungkin itu sahaja yang mampu dilakukannya demi kelangsungan bangsa dan agamanya.

Terowong ini dibina secara rahsia menggunakan kod nama ‘0bjekt BD’ bermula 1 Mac 1993 dan siap sepenuhnya tiga bulan selepas itu.

Laluannya merangkumi 160 meter di wilayah Dorbrinja, 340 meter di wilayah Butmir dan 340 meter merentasi Lapangan Terbang Sarajevo. Pintu masuk terowong ini digali secara berasingan dan ia bertemu di tengah-tengah.

Nedzak Brankovic, seorang jurutera awam rakyat Bosnia bertanggungjawab merangka pelan laluan rahsia ini. Pelan tersebut dibuat seminimum mungkin, dengan kos yang sangat rendah.

Disebabkan kekurangan peralatan, kerja-kerja menggali terowong ini dibuat secara manual menggunakan tangan.

Secara keseluruhan, sebanyak 2,800 meter kaki persegi tanah telah digali, 170 kaki persegi kayu dan 45 tan besi telah digunakan untuk membina terowong ini.

Pada mulanya terowong ini hanyalah sebuah laluan yang sempit, berlumpur dan gelap kerana tiada bekalan elektrik. Setahun selepas ia siap dibina, landasan kereta api yang kecil telah dibina untuk mengangkut bekalan makanan dan perubatan daripada PBB melalui terowong berkenaan. Tidak lama selepas itu, terowong ini dilengkapi dengan kabel voltan 12 megawatt, pam untuk mengepam air bawah tanah, paip minyak dan lampu kekal.

Terdapat dua masalah utama mengenai terowong ini sepanjang ia beroperasi secara rahsia. Pertama, kerap berlaku banjir kerana air daripada bawah tanah yang boleh meningkat sehingga ke paras pinggang. Kedua, kualiti udara di dalam terowong tersebut yang tidak mempunyai lubang pengudaraan. Justeru, sesiapa menggunakan terowong itu terpaksa memakai topeng bagi mengelakkan berlakunya kesesakan nafas oleh debu dan kotoran.

Selepas peper4ngan tamat, rumah milik keluarga Sida Kolar yang menjadi salah satu pintu masuk terowong ini ditukar fungsinya sebagai sebuah muzium peringatan perang.

Muzium ini mempamerkan bahan-bahan arkib termasuklah tayangan filem pendek tentang Perang Bosnia, gambar-gambar perang, peralatan ketenteraan, bendera, pakaian seragam tentera dan banyak lagi. Sehingga kini, ia menjadi salah satu daya tarikan utama pelancongan di Bosnia.

Sumber Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post